ELLA bakal gegar Istana Budaya Mac ini!

Ratu rock negara, Ella bakal menggegarkan Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur dengan sebuah konsert akustik pada Mac depan.

Dianjurkan oleh ROJEK ELLA dengan kerjasama MOTAC, konsert yang dijadual berlangsung selama tiga hari bermula 29, 30 dan 31 Mac 2019 ini digelar Ella Unplugged In KL.

“Ella tidak sabar untuk mengadakan konsert ini kerana selain dibikin dalam konsep akustik, ia juga dihadirkan selama tiga malam.

“Ini bukan sekadar platform yang menguji kredibiliti Ella sebagai seorang penghibur, tetapi mahu melihat kesetiaan peminat Ella juga,” ujar penyanyi tersebut penuh teruja.

ella unplugged

Datuk Rashidi Hasbullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia turut berbesar hati dengan penganjuran konsert Ella Unplugged In KL kerana ia menampilkan segmen kebudayaan pada setiap malam persembahannya.

“Adalah sesuatu yang membanggakan dan unik apabila seorang penyanyi yang terkenal dengan genre rock mengangkat elemen seni budaya dan warisan negara menerusi segmen kebudayaan. Konsep persembahan sebegini membuktikan genre muzik boleh digabungkan kerana ia bersifat universal,” ujarnya.

Pihak Istana Budaya sendiri teruja untuk menjadi lokasi Ella Unplugged in KL kerana ia akan ‘menguji’ tentang naik taraf sistem audio dan penambahbaikkan keseluruhan panggung yang dilakukan sebelum ini.

Konsert ini turut mendapat sokongan dan kerjasama ASWARA dimana pihak ASWARA telah diberi peluang daripada pihak PROJEK ELLA dengan melibatkan alumni dan pelajar tahun akhir dalam perancangan serta pengendalian pengurusan pentas sebelum dan selepas konsert berlangsung.

Malah pihak JKKN juga turut bekerjasama dengan melibatkan penari cilik PERMATA dalam salah satu segmen persembahan kelak. JKNN turut menyediakan pemuzik alat muzik tradisional sewaktu segmen yang pasti dtunggu-tunggu oleh peminat Ella!

Konsert ini akan berlangsung selama sejam setengah dengan diiringi tujuh pemuzik handalan yang menjadi instrumen penting dalam Ella Unplugged in KL.

Tiket-tiket early bird sudah mula dijual bermula pada 2 Januari 2019 dengan harga RM159 (harga biasa RM179), RM169 (harga biasa RM189), RM189 (harga biasa RM209), RM289 (harga biasa RM319), RM389 (harga biasa RM419)dan RM489 (harga biasa RM519).

Sebarang pembelian tiket boleh ditempah atau dibeli melalui PROTICKET di www.proticket.com.my

  

https://www.youtube.com/watch?v=1pgoAnq2DmI
Ruang komen

Please enter banners and links.

Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!