Elaun poligami UMIE AIDA TAK SETUJU

DATIN Sri Umie Aida (Khalsum Rahmad), tidak setuju dengan elaun khas poligami dan gembira berita itu hanya fitnah  pihak tak bertanggungjawab terhadap Bajet 2019 kerajaan Pakatan Harapan, yang dibentangkan petang Jumaat baru baru ini.

“Saya tak setuju,” tegas Umie kepada URTV Online, pagi tadi dan berharap elaun seumpama itu  tak akan  berlaku. Umie juga tak bersetuju usaha mereka yang tak habis habis memfitnah hingga usaha murni kerajaan sekarang cuba disensasikan pihak tertentu dengan berita palsu.

“Bagi yang sudah menonton dan membaca akhbar mengenainya pasti lega mengetahui, elaun poligami tak wujud, ia fitnah ,” harapannya. 

Umie tak setuju elaun poligami dan usaha pemfitnah

Pemenang Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2018 , malam 2 November tahun ini  (melalui filem panas Dukun) pernah mengejutkan suaminya  Datuk Paduka Khairuddin Hassan dan dunia hiburan,  apabila  menyatakan kerelaan hidup bermadu, beberapa bulan lalu.

“Tapi itu tak berlaku kerana Umie hanya menyuarakan pandangan ketika bangun dari mimpi,” kata Umie, gembira disayangi pencinta setia dan mereka sudah  bernikah  lebih enam tahun lalu.

Masih meraikan kemenangannya, Umie yang  kali ke enam bergelar Best Actress (melalui drama dan filem sejak 1999),  berpesan kepada semua  pelapis  muda hari ini, “Nak jadi pelakon yang berjaya, kena ada  ilmu di dada  dan mengamalkannya, mesti bertanggunjawab dengan kerja, sebaik baiknya kita di dalam kalangan ceria ,  kena ada nilai kemanusiaan, selalulah bersikap positif dengan  tak mudah sentap dan rasa diri cukup terbaik, kena jujur, ikhlas pada diri  ketika bekerja, berkawan dan selalu  berusaha buat yang terbaik. Selain semua itu, penting sekali, merendah diri. Bagus macam mana pun kita, kena ingat, kita hanya insan biasa.”

Umie menolak cadangan membuka kelas lakonan kerana beranggapan dirinya masih belum sesuai berbuat demikian.

“Tak mahu…tak cukup ilmu lagi,”katanya tersenyum.

Imbas pengalaman sukar dilupakan ketika menjayakan filem Dukun , Umie masih teringat ingat lokasi penggambaraan di penjara lama Pudu.

“Waktu shooting di situ…bagai dapat rasa 1001 penderitaan penjara lama  yang dah dikosongkan tu. 

Umie diapit Dominique dan Dain Iskandar Said meraikan kemenangan Dukun pada ASK 2018

“Disuruh jilat dinding penjara untuk salah satu babak…walaupun pengarahnya (Dain Iskandar Said) dah tampalkan plaster kat dinding…tapi bila tiba detik rakaman, Umie terjilat bahagian  tak berplaster!.

“Solekan untuk diri  berwajah tua,  sampai lima jam!  

“Dan Umie ternampak keibat menyeramkan di bilik akhir untuk penggambaran di situ.”

Umie berharap tidak akan ditawarkan cerita seram drama dan filem seumpama Dukun lagi.

“Lepas ni seram versi lain tu okeylah…tak nak yang lebih kurang saja macam dah buat, “katanya. 

Terkini, Umie belum menerima sebarang tawaran filem baru, sedang sibuk dengan dunia perniagaan kosmetik.

“Umie tengah sibuk promosi gincu dan   serum bisnes sendiri dari bahan bahan asli minyak kelapa dan aloe vera untuk kebaikan kulit muka, “ceritanya.

Berkongsi gaya hidup sihat, katanya, “Sering minum air putih elak yang bergas, senaman dua jam sehari serta banyakkan makan buah.”

Jadi sesiapa nak cantik dan sihat macam Umie, kenalah mengamalkan cara senaman dan makannya.  Jangan tiru gaya fesyen dan mekap artis sahaja, tiru juga cara sihat mereka. 

Tahniah sekali lagi, buat Umie atas kejayaan terbaru dan Umie diramalkan bakal  tercalon untuk kategori sama Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia akan datang melalui Dukun.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!