DUA LIPA tampil dengan album COMPLETE EDITION

Penyanyi terkenal antarabangsa, Dua Lipa bakal tampil dengan album debutnya yang berjudul “The Complete Edition” pada hari ini. Album debut ini merangkumi “Electricity”, kolaborasi terbaru Dua Lipa & Silk City (Mark Ronson dan Diplo), “One Kiss” & Calvin Harris serta kolaborasi terdahulu dengan Martin Garrix dan Sean Paul yang menjadi kegemaran peminat muzik yang berjudul “Want To” dan “Running”. Dua Lipa juga berkolaborasi dengan bintang K-POP terkenal, BLACKPINK yang berjudul “Kiss and Make Up”.

Dua Lipa telah  memberi “hint” kepada umum apabila Dua memuat naik gambar beliau bersama Lisa dan Jennie daripada BLACKPINK di “backstage” semasa konsert Dua di Seoul,Korea. “Kiss and Make Up” menjadi kolaborasi antarabangsa yang pertama buat BLACKPINK iaitu kumpulan perempuan yang telah merekodkan sejarah pada awal tahun ini apabila album mereka yang berjudul “Square Up” dan single “Ddu-Du Ddu-Du” telah menduduki carta paling teratas di carta Billboard.

Selama setahun hit single Dua Lipa menduduki carta teratas #1, beberapa siri konsert dengan penjualan tiket terpantas, dan juga memecahkan rekod penstriman digital antara yang terbanyak, justeru itu Dua Lipa merupakan artis baru yang  paling besar di dunia.

Dua Lipa juga merupakan artis #1 yang paling banyak penstriman digital di aplikasi Spotify dan artis pertama di dalam sejarah yang mempunyai empat buah single yang mencecah 500 Juta Penstriman digital di Spotify.

Beliau juga cuma mengambil masa selama 8 minggu sahaja untuk menjadi #1 di United Kingdom dengan single hit berduet bersama Calvin Harris berjudul “One Kiss” yang terjual berjuta-juta. “One Kiss” juga telah bertahan berminggu-minggu #1 di dalam abad ini.

Video Muzik “New Rules” mencecah 1.3 bilion tontonan di Youtube. Setelah menerima beberapa penghargaan dalam tahun ini, Dua Lipa juga meraih dua anugerah pada acara “BRIT Awards” selepas tercalon dalam 5 kategori, membuat persembahan di hadapan 85 juta orang di final Liga Juara-Juara UEFA dan telah menjual sebanyak lebih daripada 3 juta album dan 32 juta single di seantero dunia.

 

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!