DORAEMON HAVOC DI KLIA2

PEMINAT-peminat siri Doraemon yang sangat popular di negara kita, lebih 10 tahun lalu, tak patut ketinggalan mendapatkan koleksi atau cenderahati jenama kartun robot kucing dari Jepun ini!

Tak payah nak terbang jauh sampai ke negara matahari terbit itu kerana `Doraemon’ sedang berada di Kuala Lumpur sekarang ini.

Artis tanah air seperti Fazli Zainal, dan  Izzmad Harun Khaty Azian, Rozita Rohaizad, Rina EVA dan Azam antara mereka yang turut meminati Doraemon, sempat membeli belah payung, baju T dan macam-macam lagi jualan jenama Doraemon pada hari pelancarannya, 11 Mac lalu.

Banyak yang mereka `tapau’ pulang. Ada yang sampai berbelanja lebih daripada baucar RM200 yang diterima masing-masing ke majlis pelancaran pamera dan jualan Doraemon itu.

Kepada anda yang nak bersama-sama keluarga membeli belah koleksi Doremon, jom ke aras 2 (berdepan  Padini) diKuala Lumpur International Airport (KLIA2). 

Bagi yang sudah menempah penerbangan menggunakan lapangan terbang pesawat tambang murah di situ, boleh singgah sebelum berlepas atau setelah tiba dari mana-mana destinasi.

Barangan  dijual serendah RM10.00 sampailah ke RM100 ke atas

Jom layan video apa komen pihak penganjur dan juga artis tentang seronoknya membeli belah di sini.

Ruang komen
Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!