DOKTOR NAK KESAN BUAH PINGGANG

SETELAH  kerap muntah muntah dan  buang air pada Sabtu lalu, komposer terkenal S.Atan (Hashim Said) , 70, di masukkan ke wad Hospital Kajang Selasa baru baru ini untuk rawatan selanjutnya setelah mengalami tekanan darah rendah.

“Semalam  doktor telah melakukan pemeriksaan xray dan mengesan buah pinggang Abang Atan bengkak.

“Jadi doktor mahu buat pemeriksaan selanjutnya untuk mengesan punca, lebih lebih lagi Abang Atan pernah ada sejarah strok beberapa tahun lalu.

“Terima kasih kepada semua yang bertanya khabar dan ziarah. Sama sama terus mendoakan Abang Atan kembali sembuh, “ujar isterinya Norizan Yeop, 55, kepada URTV pagi ini.

Tahun lalu S.Atan bersyukur dapat mengerjakan haji dengan isteri ditaja oleh  bekas penyanyi  popular 70an Puan Sri Rina Rahman dan suami.

Rina pernah menjadi artis rakaman EMI dan popular dengan lagu Ku Ingin Bahagia, mendapat didikan S. Atan dalam dunia hiburan, ketika mencipta nama sebagai penyanyi.

Puan Sri Rina Rahman turut ziarah S. Atan hari ini

S. Atan selain masih mengajar muzik di sebuah kolej, sedang menyiapkan lagu untuk Zaiton Sameon dan Syed Wafa (untuk Syawal tahun ini) juga baru selesai  beberapa lagu untuk seorang membuat rakaman untuk pendatang muda, artis lelaki 20an  dari Sungai Buloh yang bakal dilancarkan 23 Mac ini.

Sama sama kita mendoakan beliau akan kembali sihat sejatera.

Ruang komen
Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!