DOA ZIANA BUAT FAUZIAH LATIFF MENANGIS

Lokasi: Red Hotel, Jalan Kamunting Dang Wangi, Kuala Lumpur  (Terima kasih  Pengurus PR Red Hotel Warren Fernandez )

PETANG 3 Mei 2019, di tingkat 22, Hotel Red dekat Jalan Kamunting Dang Wangi, Kuala Lumpur,  penyanyi dan pelakon ZIANA ZAIN dikejutkan URTV sempena ulang tahun ke 51nya, 2 Mei tahun ini.

“Terima kasih…terkejut! Maklum sejak tahun lalu, saya tak nak diraikan macam selalu oleh peminat peminat seperti tahun tahun sebelum ini.

“Memadai dengan kaum famili. Maklum, ada urusan peribadi saya  belum selesai, ” kata ibu tunggal empat anak yang belum selesai urusan keluar masuk mahkamah dengan bekas suaminya, Armin Zaharin.

“Terharu, apabila melangkah masuk ke bilik (menghadap KLCC dan panorama Kuala Lumpur), Fauziah Latiff, jurusolek Datin Saidatulnisa, BoBo Chinta, pengurus artis Alin Zain,  Kit Rushuhaimin, Boeng dan pereka pakaian SA(Kreen), ada sama nyanyi lagu Happy Birthday… terima kasih URTV,” kata Ziana.

Kala Ziana berdoa sebelum memotong kek , Fauziah Latiff berjurai air mata.

Mendengar doa seorang ibu untuk diri dan anak-anaknya serta harapan, hati wanita memahami pasti tersentuh.

Jom tonton video rakaman URTV. Kepada Ziana Zain bertabah dan semoga terus  sukses menempuh hari depan sebagai ibu, selebriti dan hamba Allah.

Ruang komen
Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!