Digelar ‘Ratu Topeng’, KEENA tak lupa pesanan JULIA PEREZ

KEENA Mentor yang popular di Indonesia sebagai Keena Prasista, 29,  tak lupa pesan penyanyi dan pelakon terkenal  Allahyarham Julia Perez, supaya tampil kelainan  untuk mencari tempat di republik itu.

“Dia mahu Keena pilih irama dangdut. Katanya, tonjolkan imej dangdut kucing.  Kalau nak popular di Indonesia kena ada kelainan. Dia juga cadangkan, Keena tampil imej bertopeng aksi Cat Woman.

“Dan kawan-kawannya juga cadang agar Keena tukar nama Mentor ke Prasista.

“Keena mula berbaik dengan arwah semasa hayatnya, melalui laman sosial. Orangnya baik, ramah dan ikhlas bagi pendapat, membantu Keena mencipta nama di sana,” cerita Keena kepada URTV Online.

Tambahnya,“Cuma yang sedih tu, arwah meninggal dunia tahun lepas (setelah menghidap kanser tahap 4)  dan tak sempat dia  nak tengok  usaha  Keena sekarang.”

Keena juga bersahabat baik dengan pengurus Julia, Riena Ories (RK Musikindo) yang kini, turut bantu mempromosikan lagu-lagunya di  Indonesia.

“Sekarang ni  lagu perkenalan Keena yang dapat kedudukan carta  ke tiga minggu ini di sana ialah Seksi Bukan Murahan. Keena juga digelar sebagai Ratu Topeng,”  kata pengurusnya Adam A.O (Noor Muhamad Jaafar).

“Pada bulan Oktober baru-baru ini,  kami di Indonesia selama sebula. Kami meredah  Bandung, Jakarta, Jawa Tengah, Timur, Barat Solo dan Surabaya mempromosikan lagu itu di 29 buah radio.

“Alhamdulillah sambutan baik diterima dan kebanyakan deejay sana berkenan bukan saja lagu pertama Seksi Bukan Murahan (lirik dan ciptaan Farhat Najib) tetapi juga lagu kedua Stop (Bian Sabian) yang mana muzik videonya akan menjalani penggambaran di Kuala Lumpur dalam minggu ini,” cerita Adam.

Promosi dan perbelanjaan sepanjang tempoh di sana dikatakan sebanyak RM70,000.

Keena di bawah label I Global Entertainment itu,  turut mendapat tawaran berlakon dalam sinetron tetapi lebih berminat fokus kepada kariernya sebagai penyanyi.

Januari ini,  Keena akan kembali ke sana untuk pelancaran muzik videonya pada pertengahan bulan sempena sambutan 2019.

 


Video: Tajul Ariffin
Ruang komen
Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!