DIANA DANIELLE bergabung bersama REYZA HAMIZAN & NEONSOUL dalam INFINITI

Pelakon dan penyanyi popular, Datin Diana Danielle kini muncul dengan single baharu berjudul Infiniti bersama penyanyi Singapura, Reyza Hamizan dengan penampilan band Neonsoul.

Infiniti menceritakan tentang sebuah cinta yang tidak punyai batas dan ditulis secara generik. Lagu ini boleh dituju untuk yang tercinta dan ia juga ditulis sebagai sebuah lagu kerohanian untuk meluahkan rindu dan cinta pada Yang Esa.

Keistimewaan lagu ini terletak kepada susunan muziknya yang ‘fresh’ dan senikatanya yang menggalakkan pendengar untuk membuat tafsiran tersendiri.

Majlis pelancaran lagu Infiniti telah pun berlangsung di Red Box Plus, Pavilion Kuala Lumpur pada 27 November 2018. Pada hari tersebut, pelancaran video karaoke lagu Infiniti turut dilancarkan.

Bagi yang ingin turut sama menyanyikan lagu ini boleh datang ke mana-mana cawangan Red Box, Green Box, dan Red Box Plus di seluruh Malaysia.

Muzik video Infiniti arahan Reyza sendiri kini boleh ditonton di saluran Youtube Reyza Hamizan.

 
Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!