DEWA 19 bakal kembali ke Malaysia

Mendengar berita ini sahaja sudah membuatkan peminat setia yang begitu sinonim dengan panggilan Baladewa penasaran.

Ia bukan sekadar Dewa 19 di Malaysia,  tetapi ajaibnya kedatangan mereka pada kali ini bakal menyaksikan formasi lengkap mantan vokalisnya dari beberapa generasi sejak Dewa 19 ditubuhkan sekitar tahun 1986.

Ini akan menjadi sebuah reunion fantastik dan momen manis yang tidak layak dilepaskan.

Bayangkan Ari Lasso dan Once bergabung mendendangkan karya penuh roh Dewa 19 di dalam sebuah konsert.

Ya, Ari Lasso si pemilik vokal dari syurga yang antaranya menjadi faktor meledaknya album perdana mereka Dewa 19 menerusi Kangen pada awal 90-an bersetuju untuk tampil di konsert ini.

Once, vokalis lelaki dengan suara super powernya juga tidak punya masalah bergabung sama. Bersama Once, Dewa 19 yang sempat memakai nama Dewa meraih sukses luar biasa menerusi deretan beberapa albumnya termasuk Bintang Lima yang diiktiraf sebagai album terlaris dijual oleh band tersebut pada tahun 2000.

Memantapkan Ari Lasso dan Once, tentulah pengasasnya, si mastermind Ahmad Dhani melengkapkan formasi legenda dan bersejarah ini dalam konsert yang bakal berlangsung kelak.

Berdiri di belakang mereka yang sentiasa menguatkan jentera Dewa 19 bersama instrument masing-masing adalah Andra(gitar), Yuke (bass) dan Agung (drum).

Tyo Nugros, si penabuk drum yang tidak sedikit telah menumpahkan khidmatnya bersama band asal Surabaya ini akan menjadi tarikan dalam konsert bersejarah ini kelak.

Memilih tanggal 2 Februari 2019 dengan bangganya Nizra Production akan mencipta sejarah tersendiri apabila Dewa 19 Reunion Live in Malaysia akan meledakkan adrenalin Baladewa dan Baladewi di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.

“Tidak ada yang lebih hebat daripada mendengar kata ‘yes’ daripada Dhani dan kami berjaya membawa sekali Ari Lasso bersama Once buat pertama kalinya bergabung di atas satu pentas di Malaysia. Konsert ini bakal menempa sejarahnya yang tersendiri,” ujar Nik Iruwan dari Nizra Production.

Sedar Baladewa sudah terlalu kangen terhadap persembahan mereka, Dewa 19 dijangka membawa sekitar 30 ke 35  untaian hit daripada ratusan katalog hit yang dimiliki band ini menerusi album pertama sehingga yang terakhir, Kerajaan Cinta yang dihasilkan sekitar 11 tahun lalu.

“Kami bersedia untuk kembali menghiburkan peminat di Malaysia kerana mendapat permintaan yang tinggi daripada Baladewa di sini. Sampai ketemu semua!,” ujar Dhani pula.

Untuk rekod, Dewa 19 Reunion Live In Malaysia ini juga bakal menjadi saksi kehadiran Dewa selepas hampir 10 tahun tidak melakukan persembahan di sini.

Justeru itu, untuk sekalian Baladewa, jangan menunggu lama untuk membeli tiket yang telah mula dijual jika kalian enggan terlepas kembali menelusuri masa lampau bersama Elang, Larut, Cemburu, Pupus, Mistikus Cinta atau Sedang Ingin Bercinta yang akan bergema di Stadium Malawati, Shah Alam pada 2  Februari 2019 bermula pukul 8.30 malam kelak.

Tiket-tiket dijual pada harga bermula RM238 – Cat 3 (Reserved seating),RM358 – Cat 2 (Baladewa Standing Zone), RM458- Cat 1 (VIP Reserved Seating) dan RM888 – Cat VIP (Meet and Greet Reserved Seating).

Lebih menarik lagi tiket yang mula dijual mulai 7 November 2018  pukul 10 pagi ini akan diberi 10 peratus diskaun untuk jualan EARLY BIRD untuk tempoh 48 jam!

Setiap pembelian tiket boleh diperoleh menerusi laman web www.ticketcharge.com.my .

Lawati laman sosial rasmi konsert ini di Instagram: dewa19reunionmy, Facebook: Dewa19 Reunion MY dan Twitter: @Dewa19ReunionMY atau boleh hubungi Info Hotline di 0172792118 untuk keterangan lanjut.

Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!