DERU WARIS DAN XPOSE `MENJADI’

BAKAL jadi gilaan dan kesukaan ramai! DERU berentak rap dan rock gandingan vokal Waris dengan band baru -X Pose, memang terbaik dan `menjadi’!

Lagu ciptaan Eppy Xpose dan lirik tulisan Waris, menyaksikan percubaan mengikut usaha pernah dibuat Linkin Park, tidak sia-sia, malah tak jemu didengar berkali-kali.

Mengisahkan cinta yang terluka ditinggalkan kekasih, lagu ini pasti menyentuh perasaan mereka yang pernah atau sedang mengalami kekecewaan.

Kerjasama Waris (Mixology Music) dengan Suria Records (Xpose) ini diharapkan, tidak dengan sebuah single sahaja.

Furhan vokalis Xpose mempunyai lontaran vokal tinggi dan nyaring mengingatkan kita kepada, Azlan Typewriiter.

Bagi yang belum mengenali Xpose, single pertama mereka,  Sandiwara mendapat sambutan baik hingga diundang menjadi penghibur Malam Anugerah ERA 2018.

Band terdiri daripada lima pemuda yang menetap di Melaka ini dianggotai oleh Furhan (vokalis), Eppy( basss), Taqim (deram), Zaim (Keyboard) dan Riza (gitar).

“Bila dengar lagu mereka saya tertarik nak bekerjasama dengan band ini. Sebelum ini saya tak follow sangat tentang mereka.

“Seperkara lagi mulanya saya ingat mereka ini jenis pendiam kalau kami berjumpa, maklum…budak baru, tapi bila dah kenal dan bekerjasama rupanya jenis `masuk air’ (ramah dan senang cerita),” kata Waris yang gembira dapat bekerjasama dengan Xpose yang dianggapnya berbakat besar.

Xpose

“Kami peminat Waris berasa gembira dapat bekerjasama dengan beliau,” kata Furhan yang berharap Deru bukan yang pertama untuk meneruskan kerjasama dengan Waris malah artis lainnya.

Sidang media dan pradengar single dan muzik video Deru berlangsung di Red Box Midvalley Gardens, Kuala Lumpur pada 16 April 2019.

URTVdimaklumkan Xpose bakal muncul dengan lagu duet dengan penyanyi Indonesia yang popular Nicky Astria dan projek besar itu akan muncul tak lama lagi.

“Buat waktu ini  kami diberitahu ada single untuk bulan puasa yang akan dirakamkan dalam waktu terdekat dan kemudian promosi single dengan artis Indonesia,” kata Xpose.

Tahniah! Teruslah berkarya untuk khazanah muzik tanah air.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!