Degil tak dengar kata emak, Nabila Razali beraya dalam kesedihan

Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, penyanyi popular Nabila Razali akan beraya di Selayang bersama keluarganya. Ketika bercerita tentang sambutan Aidilfitri, Nabila sempat mengimbas kenangan lucu sewaktu malam raya ketika beliau berusia 14 tahun.

“Persiapan raya saya sederhana sahaja. Kenangan menyambut hari raya yang paling tak boleh saya lupa adalah ketika tingkatan dua.

“Waktu itu emak buatkan baju raya untuk saya dan berikan kepada saya pada malam raya. Emak kata tak payah gosok sebab dia sudah gosokkan.

“Tapi saya degil juga nak gosok dan sudahnya sampai berlubang baju tu..huhuhu. Tak dapatlah saya merasa pakai baju baharu dan terpaksa lah saya pakai baju lama dan beraya lah saya dalam kesedihan,” cerita anak bongsu daripada tiga adik beradik ini.

Jom tonton video temubual bersama penyanyi yang sedang popular dengan lagu Vroom Vroom ini bercerita lanjut tentang Hari Raya Aidilfitri.

Ruang komen
Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!