Datuk Nassier Wahab masuk wad

PENYANYI popular Dato Nassier Wahab telah ditahan di sebuah hospital tempatan dan dua kali  masuk wad untuk menjalani pembedahan serius berkaitan kanser!

“Puncanya  berlarutan sesudah cabut gigi akhir tahun lalu.

“Keadaan makin tak selesa dan saya telah dinasihatkan doktor menjalani rawatan secara pembedahan.

“Sudah tiga kali pihak hospital mahu melakukannya. Tetapi, saya mohon ditunda.

“Saya cuba rawatan tradisional. Buat umrah dua kali akhir tahun lalu dan awal Januari.

“Barangkali terbawa memikirkan sakit ini dan stres keadaan jadi lebih parah.

“Saya masuk wad pada 1 Jun, lima hari sebelum sambut raya.

“Selama 12 hari saya dalam wad, tak mahu orang luar tahu, hanya famili saja tahu,” katanya kepada URTV.

“Selepas pembedahan pertama pada bahagian gigi sebelah kiri yang sakit, kini masuk lagi wad Isnin baru-baru ni.

“Saya cuba berahsia hal ni, namun saya akur kalau ada dah tahu, harap doakan saya,” katanya kepada URTV lagi.

Sama sama kita semua mendoakan beliau lekas sembuh.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!