Datuk A. Rahman Hassan meninggal dunia

PENYANYI era Pop Yeh Yeh, 60an Dato A. Rahman Hassan meninggal dunia awal pagi ini (12.40 pagi 13 Jun 2019), di Hospital Ampang, Selangor.

Allahyarham, dimasukkan ke wad ICU, dua hari lalu setelah jatuh pengsan di sebuah stesen minyak.

Petang semalam, anak sulung  Allahyarham pelakon, penyanyi dan pengarah Khir Rahman memaklumkan keadaan ayahnya makin tenat kerana mengalami pendarahan otak.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Datin Fadhilah Mansor yang dikahwininya akhir tahun 2014 dan dua orang daripada tiga orang anak hasil perkahwinan pertama dengan penyanyi popular Orkres Nirwarna, Allahyarham Datin Azizah Mohamed (meninggal dunia pada 2013 kerana sakit barah). Salah seorang daripada anaknya juga sudah meninggal dunia beberapa tahun lalu.

Menurut ahli keluarganya, jenazah Allahyarham Dato A. Rahman Hassan akan dibawa pulang ke kediaman di Taman Sri Ukay dan dijadualkan, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat, selepas Zohor hari ini.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!