“Daripada merempit baik join kelab motorsikal” – KEENA

Penyanyi Keena atau nama sebenar Suriana Abdul Wahab kini aktif dengan kegiatan bermotorsikal. Dia sering mengikuti aktiviti konvoi motorsikal berkuasa besar bersama kelab motorsikal Slumberz MG yang berpengkalan di Lembah Klang.

Menurut penyanyi yang lahir daripada program Mentor ini, kumpulan yang ditubuhkan pada 21 September 2016 itu ditubuhkan untuk mengisi masa lapang ahli ke arah aktiviti yang lebih bersikap positif dan berfaedah.

“Selain itu, semua ahli akan terdedah kepada pengalaman-pengalaman teknikal dan pengetahuan berkenaan permotoran.

“Menerusi keumpulan ini, kita berjaya membentuk pertalian persaudaraan yang kuat iaitu ahli kelab ini turut sama-sama membantu rakan-rakan mereka sekiranya memerlukan bantuan. Kumpulan permotoran ini juga bukan sekadar aktif di dalam sukan permotoran bahkan juga melakukan juga aktiviti yang mfokuskan aspek kekeluargaan ahli bersama keluarga.

“Antara aktiviti yang sering kami lakukan adalah membuat konvoi ke negeri-negeri lain di Malaysia, konvoi amal, aktiviti bersama keluarga dan juga bersukan bersama seperti futsal, ping pong takraw dan lain-lain.

“Kebanyakan ahli asal pada mulanya hanya menggunakan motorsikal Modenas Jaguh. Kini,  Slumberz MG semakin berkembang, ahli mempunyai pelbagai jenis motosikal kustom yang samada dari jenis Yamaha, Honda, Kawasaki, Suzuki dan sebagainya.

“Setakat ini, Slumberz mempunyai 20 orang ahli yang aktif. Kami sedang mencari ahli-ahli baru yang minat motorsikal berkuasa besar supaya dapat mengikuti pelbagai aktiviti-aktiviti bersama kami. Dari merempit dan buat aktiviti tidak sihat, lebih baik join kelab motorsikal. Dapat isi masa lapang dan dapat pelbagai manfaat.

“Bagi yang berminat untuk menyertai kelab motorsikal Slumberz MG, boleh bertanya di Instagram (@slumberz_bikermy), Facebook (Slumberz Mg) atau email ke slumberz.bikers16@gmail.com,” kata Keena.

Bercerita lanjut tentang aktiviti menunggang motorsikal berkuasa besar, minatnya pada kenderaan dua roda itu tercetus sejak di tingkatan empat.

“Minat memang dah lama, tapi baru dua tahun kebelakangan ini saya betul-betul aktif dan sudah setahun lebih saya menyertai kumpulan motorsikal Slumberz MG.

“Apabila menunggang motorsikal berkuasa besar saya rasa puas dan yakin. Walaupun saya seorang wanita, saya mampu membuktikan keupayaan menunggang dan mengendalikan motosikal berkuasa tinggi dengan baik.

“Selain itu, saya juga dapat melepaskan tekanan apabila menyertai konvoi motorsikal. Bila jauh perjalanan, semakin luas pandangan serta pengalaman kita,” cerita Keena.

Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!