Dah tujuh tahun, Ella tak salah pilih  Kapten Azhar!

Semakin hari semakin bahagia. Banyak yang indah dilaluinya. Ella tidak salah memilih pasangan hidup!

“Dia menggubah banyak perkara tentang diri saya. Kalau dulu pemalu nak bercakap, sekarang bertambah yakin.

“Dia bawa saya menjalani aktiviti mencabar, kami sama sama mendaki bukit dan gunung selain itu keluar masuk kampung, memjayakan sama   program program motivasi.

“Selain  turut membantu dan menyokong karier seni saya.

“Dalam tujuh tahun kami hidup sebagai suami isteri, kami melalui pengalaman  indah dan bahagia.

“Dan saling menghormati dan menyayangi mengeratkan hubungan kami,” kata penyanyi rock Ella (Norzila Aminuddin) isteri juruterbang sebuah syarikat penerbangan, Kapten Azhar Ghazali.

Hari ini, 7 Julai 2019 adalah tahun ke tujuh perkahwinan dua insan bercinta ini.

Tiada yang sembilu malah bagai permata biru, Ella ditatang penug dengam kasih sayang dan perhatian suami menjadikan dirinya melalui fasa fasa  bahagia seorang wanita.

“Saya dan suami juga tak lupa perhatian kepada anak kami Yang Az Zahra,” kata Ella tentang buah hatinya yang meraikan usia 2 tahun juga pada Julai ini.

Majlis ulang tahun perkahwinan diraikan pasangan ini dengan keluarga terdekat. Tahun ini juga mereka melalui kenangan indah mengerjakan ibadah umrah bersama-sama, pada Mei lalu.

Sebelum itu, April 2019,  Ella catat sejarah konsert solonya di Istana Budaya mendapat pujian dan sambutan hangat.

Perancangan terbaharu, Ella dan suami akan ke Singapura untuk konsert Ella di republik itu yang dijadualkan akhir tahun ini.

“Singapura dan Sabah dalam jadual road tour concert Ella. Singapura setakat ini di satu venue manakala Sabah di beberapa lokasi. Konsert di Sabah mungkin bermula awal,tahun depan,”ceritanya kepada URTV.

Sementara itu 13 Julai ini  Ella akan beraksi dengan Ziana Zain dan Siti Nordiana di RTM untuk program hiburan malam minggu Konsert Minggu Ini.

Kepada Ella dan Azhar serta anak mereka, semoga terus meniti bahagia berpanjangan berkekalan sampai ke alam syurga. Amin.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!