Dah 10 tahun berniaga, Amran Azhar tak lupa jasa Siti Nurhaliza

‘TAK ada masalah. Selama lebih lima tahun kenal dan bekerja dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza, orangnya tegas namun tidak menyusahkan. Malah sering memilih syarikat kami bekerja dengannya,” pengakuan Amran Azhar,’tauke besar’ atau pemilik syarikat hiasan dalaman terkenal Lentera Creative Homes.

Sempena ulang tahun ke-10 syarikatnya, Amran Azhar gembira Siti Nurhaliza terus mempercayai hasil kerjanya.

“Sepanjangan sekian lama bekerja dengannya saya dah membuat banyak dekorasi dan hiasan dalaman dari rumahnya di Cheras , kemudian  bilik tidur anaknya Siti Aaafiyah di banglo mewah beliau dan suami di  Bukit Antarabangsa serta restoran ibunya, Kafe Mak Salmah dekat Cheras.

“Saya juga diminta membuatkan dekorasi konsert-konsertya di  Istana Budaya dan Planery Hall KLCC sebelum ini sampailah ke Konsert di Axiata Arena Bukit Jalil April tahun ini selain majlis-majlis jamuan raya serta  peminat-peminatnya SitiZoner.

“Siti menitik beratkan  berkaitan hiasan dalaman. Kerusi, meja, lampu, langsir, di pentas atau kawasan utama cukup dititik beratkan.

“Orangnya,  kreatif dan suka dengan dekorasi cantik-cantik. Sebelum melakukan tugas, saya akan  duduk berbincang. Siti memang tegas. Dia akan beritahu apa disukai dan tak disukai.

“Warna kesukaannya dalam dekorasi ialah warna warna terang  selain yang lembut dan pastel. Selain kemahuan diri, beliau mendengar pandangan juga.

“Bukan saja menambahkan rezeki bisnes dengan sokongannya malah Siti juga sudi   mempromosi perniagaan saya apabila berkongsi di laman sosialnya,” cerita Amran.

Sempena ulang tahun perkahwinannya ke 13  Siti Nurhaliza dengan suaminya Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa pada 21 Ogos 2019 baru-baru ini Amran tak lupa memberikan hadiah istimewa untuk pelanggan setianya itu.

“Apa hadiahnya itu tak payahlah dikongsikan di sini. Tetapi bagi saya ia sesuai untuk Siti dan suaminya yang saya hormati,” ceritanya.

Bagi yang berminat menjadikan Amran Azhar untuk kerja-kerja hiasan dalaman harga dikenakan serendah RM200,000 untuk keseluruhan rumah pangsapuri, kondo, teres dua tingkat juga banglo.

“Harga bergantung kemahuan. Kalau dah keseluruhan dengan kerusi meja cat langsir dan segala-galanya. Apa pun boleh dirundingkan,” katanya.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!