CitizenM Hotel Kuala Lumpur, butik hotel yang hip dan trendy

Terletak di tengah ibu kota berhampiran Bukit Bintang, hotel bertaraf empat bintang, CitizenM Hotel Kuala Lumpur menjanjikan kepuasan kepada pengunjung dengan keselesaan, dekorasi dan fasiliti yang serba canggih.

Berbeza dengan hotel-hotel lain, CitizenM menggunakan konsep ‘self check in’ dan ‘self check out’ dimana pengunjung perlu mendaftar masuk dan keluar di kaunter layan diri yang disediakan di lobi hotel dengan konsep seperti ruang tamu di rumah yang dihiasi perabot dan hiasan rekaan moden.

Mempunyai 210 bilik penginapan, CitizenM Hotel Kuala Lumpur hanya menawarkan satu jenis bilik agar setiap tetamu mendapat keselesaan yang sama. Setiap bilik tidur mempunyai katil saiz king (XL) yang besar dengan tilam yang sangat selesa, selimut dan bantal, pancuran mandian yang kuat, tuala yang tebal dan televisyen pintar.

Menariknya, CitizenM juga menggunakan teknologi inovatif yang membolehkan pengunjung menetapkan mood bilik dengan mengawal lampu, suhu bilik, tirai dan televisyen menggunakan peranti tablet yang disediakan.

Menurut Pengurus Besar CitizenM Hotel Kuala Lumpur, , hotel yang baharu dibuka pada 20 Mei 2019 ini merupakan cawangan rangkaian hotel dari Belanda.

“CitezenM Hotel Kuala Lumpur adalah cawangan pertama di Malaysia dan ketiga di Asia selepas Taipei dan Shanghai. Di sini kami menawarkan pengalaman merasai suasana mewah tapi pada harga mampu milik kepada pengunjung.

“Sejak dibuka, CitizenM Hotel Kuala Lumpur telah dikunjungi bukan sahaja orang tempatan malah pelancong luar negara,” katanya.

Selain bilik penginapan, CitizenM Hotel Kuala Lumpur juga mempunyai satu bilik mesyuarat besar dan dua bilik mesyuarat kecil yang boleh memuatkan 40 orang (bilik besar) dan 16 orang (bilik kecil) dalam satu masa sesuai untuk mereka yang ingin mengadakan mesyuarat, bengkel atau seminar.

Bagi yang gemar melayari internet, hotel ini menawarkan wifi percuma dengan kelajuan internet yang sangat tinggi. Jika terasa lapar, pengunjung tidak perlu risau kerana di sini makanan dan minuman boleh dipesan pada bila-bila masa di CanteenM yang dibuka 24 jam.

Kepada mereka yang mencari hotel di tengah ibu kota yang unik dan selesa, CitizenM Kuala Lumpur adalah hotel yang sesuai dengan anda. Layari www.citizenm.com untuk maklumat lanjut.

CitizenM Hotel Kuala Lumpur

citizenm
128, Jalan Pudu, Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur
www.citizenm.com

Ruang komen

Please enter banners and links.

Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!