Cipta lagu untuk Ardell

Pelakon Nadzmi Adhwa bakal muncul dengan single terbaharu yang dicipta khas untuk isteri, Ardell Aryana dan berharap dapat mempersembahkan lagu tersebut di majlis resepsi pada Oktober nanti.

Nadzmi, 27, selamat diijabkabulkan dengan Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 29, pada 1 September lalu memberitahu lagu yang diberi judul Aryana itu telah dihasilkan tahun lalu.

“Lagu yang dicipta khas ini adalah luahan perasaan cinta saya yang mendalam kepada isteri yang disampaikan melalui lirik lagu.

“Lirik dan melodi sudah ada cuma belum masuk studio untuk rakaman lagi. Insya Allah, saya harap dapat merakam lagu ini dan persembahkannya di majlis resepsi kami pada Oktober nanti,” cerita Nadzmi tentang single ketiga selepas lagu Cinta Yang Lain dan Wanitaku.

Dalam perkembangan lain, Nadzmi bakal muncul dalam filem Anak Perjanjian Syaitan yang akan menemui penonton dipawagam bermula 24 Oktober 2019.

Filem bergenre seram ini berkisar tentang sepasang suami isteri yang menginginkan kehadiran cahaya mata diuji dengan dugaan dasyat yang mengundang bencana.

“Dalam filem ini saya melakonkan watak Cikgu Zaidy, seorang suami yang sangat mengambil berat tentang isterinya dan perlu hadapi masalah gangguan yang dihadapi isterinya.

“Anak Perjanjian Syaitan berbeza dengan filem seram yang lain daripada yang lain kerana plot cerita yang unik dan berbeza. Selain itu terdapat kelibat 17 hantu dalam filem ini yang akan membuat penonton terkejut dan seram,” kata Nadzmi.

Bercerita tentang cabaran yang dihadapi sepanjang pengambaran, Nadzmi memberitahu dia ada mengalami beberapa ‘gangguan’ di lokasi.

“Sebelum ini saya tidak pernah berlakon lagi dalam filem bergenre seram dan ini merupakan satu pengalaman yang cukup menarik untuk terbabit dalam pembikinan Anak Perjanjian Syaitan.

“Banyak perkara pelik yang saya lalui sepanjang pengambaran. Ada ternampak kelibat dan ‘diganggu’ sehingga saya tak jumpa jalan pulang. Pusing-pusing jalan yang sama,” cerita Nadzmi.

Selain Nadzmi, filem Anak Perjanjian Syaitan turut menampilkan barisan pelakon antaranya, Chacha Maembong, Jasmin Hamid, Shahrulnizam Noor, Azlan Komeng dan ramai lagi.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!