Cinta di lokasi, apa kata `dua anak ikan’ Aishah Atan

JATUH cinta di lokasi? Ada bergosip  yang kononnya jejaka  kacak berbadan sasa berwajah penggoda- Hun Haqeem  ialah buah hati dalam diam-diam  pelakon Aishah Atan.

Kononnya setelah sama-sama  berlakon dalam drama Cari Aku Di Syurga ( TV3)  ,  baru-baru ini, sudah berputik bunga-bunga cinta antara mereka. Biar betul ni?

“Ya inilah `anak ikan’ aku tau, jangan cemburu tau,” jawab Aishah Atan sambil ketawa bila ditanya URTV , ada apa-apa ke antara mereka berdua.

Hun pun menunjuk reaksi seakan antara mereka memang sedang akrab!

Mereka berdua bersama-sama seorang lagi pelakon dalam drama itu Muaz Fitri,  kelihatan di  satu majlis baru-baru ini. Apa lagi, terus URTV merisik apakah yang sebenarnya?

Aishah  Atan pun dah lama menjanda. Mungkin kah sekarang ini  mula terasa nak bergelar isteri kembali?

Jom dengar pengakuan Aishah dan Hun Haqeem tentang perasaan mereka dan juga seorang lagi kawan mereka!

Dalam pada itu kalau nak baca cerita Aishah Atan yang mengejutkan…jangan lupa selak Panca Indera (sisipan hiburan Mingguan Malaysia ) esok ( Ahad 7 Julai) dalam halaman ruangan pojok baharu  Gincu Merah Huzz.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!