CINDAI menempa nama di Metrojaya, MidValley

Cindai mungkin satu nama baru dalam persada fesyen tanahair namun hasil kreatif anak muda bernama Azrul Izwan Ibrahim,29 yang merupakan pereka fesyen jenama Cindai tidak boleh diperkecilkan.

Jika lima tahun yang lalu jenama pakaian ini hanya terkenal berlegar tanah kelahirannya iaitu di Tanah Merah, Jitra, Kedah kini jenama ini sudah mula memberanikan diri untuk meneroka pasaran di bandaraya Kuala Lumpur.

Hasil gabungan idea Datin Aida Suraini Ibrahim,42, yang merupakan Pengarah Urusan Cindai  dan pereka fesyennya, kini Cindai tampil dengan pelbagai rekaan pakaian siap (ready to wear) untuk wanita diluar sana sebagaimana yang kini terdapat di Metrojaya, MidValley.

Sentuhan Cindai untuk himpunan di Metrojaya kali ini bermain dengan nuansa warna serta rekaan yang sesuai untuk digayakan kala ke pejabat mahupun majlis separa rasmi.

Fabrik seumpama cita diberi tumpuan utama mengambil kira faktor cuaca dalam negara selain sesuai dibawa kala bercuti. 

Selain itu faktor harga yang amat berpatutan menjadi tarikan utama himpunan Cindai di Metrojaya kali ini.

Menariknya setiap rekaan Cindai amat sesuai digaya oleh wanita usia 18 hingga 50 tahun.

Selain menawarkan pakaian siap, Cindai turut menawarkan pakej jahitan eksklusif selain jahitan pukal untuk jabatan kerajaan serta swasta dan usahawan.

Kini Cindai juga turut mengorak langkah dalam menawarkan himpunan pakaian siap samada kasual mahupun baju kurung yang dijual secara borong kepada butik dan usahawan pakaian.

Untuk perkembangan terbaharu, iktui Cindai di Instagram @officialcindai

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!