Cerita Raya Projector Band

Foto: Rohaida Zulkifli

Pakaian: Instagram @azz.apparel

Setelah sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga, tibalah saatnya untuk meraikan kenikmatan Aidilfitri.

Tidak ketinggalan buat kumpulan Projector Band yang dianggotai oleh Iskandar (vokalis), Razif atau Angah (gitar utama), Zainal (gitar kedua), Ahmad Khusairi (Mat) diposisi bes dan Syafiq (Apit) sebagai pemain dram ini yang mempunyai cerita sendiri menjelangnya hari mulia.

Jom ikuti perkara tentang sambutan Aidilfitri ahli kumpulan yang sedang popular dengan lagu Cinta Kita ini.

Iskandar Zulkarnain Shafin atau Iskandar, 26, (vokalis)

“Setiap kali Hari Raya, saya pasti pulang ke kampung halaman di Pasir Mas, Kelantan. Paling seronok bila lebaran adalah dapat berkumpul dan menyambut hari raya bersama ahli keluarga tercinta dan sahabat handai.

“Kebiasaannya selepas solat raya kami sekeluarga aberkumpul diruang tamu bersalam dan bermaaf-maafan. Hari raya kan hari untuk bermaaf-maafan sesama insan,” cerita Iskandar.

Razif Zainuddin atau Angah, 27 (gitaris utama)

“Sama seperti tahun-tahun sebelum ini. Saya menyambut Hari Raya di rumahkeljarga di Kuala Selangor.

Aktiviti setiap kali tibanya Aidilfitri adalah melawat pusara arwah abah. Biasanya selepas solat raya kami sekeluarga akan ke kubur. Makanan kegemaran dihari lebaran adalah kuih bahulu,” kata Angah.

Muhammad Safiq Zainuddin atau Apit, 25, (pemain dram)

“Sama seperti Angah, saya juga beraya di Kuala Selangor. Kami kan adik beradik…huhuhu.

“Kalau nak tahu, saya ni pelik sedikit. Setiap tahun baju raya saya mesti tak pernah sama dengan keluarga. Makanan kegemaran dihari raya pula adalah nasi yang dimakan dengan rendang,” cerita Apit.

Zainal Amir Hamzah atau Zainal, 24, (gitaris kedua)

“Kenangan raya yang paling best adalah dapat bermain mercun dengan kawan-kawan.

“Hari Raya adalah hari yang paling dinantikan setelah sebulan berpuasa. Pada hari lebaran kami sekeluarga berkumpul dan bermaaf-maafan,” kata Zainal yang beraya dirumah keluarga di Kuala Selangor.

Ahmad Khusairi Shaferi atau Mat, 29, (pemain bes)

“Setiap keluarga pasti ada tradisi yang sering dilakukan setiap kali tibanya lebaran. Bagi keluarga saya di Taiping, Perak, setiap tahun pasti baju Taya kami akan sama warna.

“Bercerita tentang kenangan manis sambut Aidilfitri, semestinya zaman kanak-kanak adalah yang paling seronok keluar kutip duit raya dari pagi sampai malam,” kata Mat yang pasti tidak lepaskan peluang menjamah hidangan kegemarannya, lemang dan rendang daging pada hari Raya.

Ruang komen
Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!