
CANTIK-cantik. Ada kelas dan menarik. Jangankan rekaannya bahkan fabrik dan warna warna pilihan kena gaya dan padan . Ketika diperagakan model-model melintas catwalk di pentas dan sekitar dewan, pakaian-pakaian yang dihasilkan nampak mewah. Ada juga rekaan simple tapi kaya dengan karisma.sesuai dengan pilihan orang sekarang
Tahniah sentuhan kreatif Lebih 30 helai pakaian musim pengantin terkini diberi nama koleksi Alanna oleh designer Shanell Harun pada malam 26 Januari sempena The Wedding KL yang berlangsung di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur baru-baru ini, mendapat tepukan gemuruh penonton.
Malam itu selain gaya model, pertunjukan itu turut diserikan dengan persembahan nyanyian Rohana Jalil dan anaknya, Kilafairy juga Dina Nazir yang turut melaram pakaian rekaan Shanell.
Jom tonton lensa video URTV wawancara dengan Shanell Harun, pertunjukan fesyen dan komen penonton setelah pertunjukan melabuhkan tirai.
Ruang komen