BUNKFACE JEJALAH KAMPUS SEMPENA KEMUNCULAN ‘POP’

Kumpulan punk rock tanahair, Bunkface yang membawa evolusi baru dalam industri muzik tempatan kini muncul dengan album terbaharu berjudul Pop.

Berbeza dengan album-album sebelum ini, kumpulan yang terkenal dengan genre punk rock ini tampil berbeza dengan mengetengahkan genre pop pula dalam album terbaharu.

Mengandungi lapan buah lagu, album yang mengandungi empat buah lagu bahasa Melayu dan empat buah lagu bahasa Inggeris ini juga hadir dengan dua jenis bungkusan yang berbeza iaitu edisi biasa dan Platinum.

Edisi Platinum didatangkan dengan kad lirik yang di lukis dan diillustrasikan oleh Sam sendiri serta rekaan bungkusan album yang unik dan dijual pada harga RM69.90.

Sempena kemunculan album terbaharu ini, Bunkface yang dianggotai oleh Sam (vokal), Paan (gitar), Youk (bes)  bakal mengadakan siri jelajah ke kampus-kampus di seluruh tanah air bagi meraikan peminat-peminat mereka.

Menurut Sam, siri jelajah ini akan bermula pada 29 Mac 2019 dan mereka telah memilih UiTM Puncak sebagai lokasi pertama.

“Siri jelajah ini berbeza dan lain daripada siri jelajah yang lain kerana Bunkface bukan sahaja akan menghiburkan peminat malah berkongsi pengalaman serta ilmu sepanjang bergelar artis rakaman kepada para pelajar.

“Ini menjadi satu anjakan paradigma kepada para pelajar kerana dapat belajar melalui pengalaman kami. Malahan, kampus-kampus juga mengalakkan aktiviti begini kerana para pelajar dapat sesuatu melalui program ‘Education Thru Entertainment’ ini,” kata Sam.

Tiket siri jelajah dijual pada harga RM30.00 untuk ‘Bronze’, RM60.00 (Silver) dan RM100.00 (Gold). Bagi yang berminat, tiket boleh didapati secara online di aplikasi Stubapp dan juga di sekitar kampus-kampus yang terpilih. Untuk maklumat lanjut, boleh emel ke info@bunkface.my

Ruang komen

Please enter banners and links.

Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!