“Bukan takut tapi HAEL dan EZRA tahu apa yang saya mahu” – NABILA RAZALI

Penyanyi dan pelakon Nabila Razali yang popular denga lagu Pematah Hati kini muncul dengan single terbaharu berjudul Vroom Vroom.

Lagu terbaharu yang merupakan single ketiga Nabila ini masih menggunakan khidmat komposer dua single sebelum ini iaitu Hael Husaini dan Ezra Kong.

Nabila menjelaskan dia memilih dua komposer hebat itu kerana percaya mereka boleh menghasilkan karya yang sesuai dengan dirinya.

“Bukannya takut untuk mencuba khidmat komposer lain tetapi saya memilih mereka kerana mereka tahu dan faham apa yang saya mahukan. Mereka boleh hasilkan karya yang sesuai mengikut kemampuan vokal saya.

“Untuk single ketiga ini saya diberi pilihan untuk memilih sendiri. Semestinya saya mahu yang terbaik dan buat masa ini karya Hael dan Ezra adalah yang terbaik untuk diri saya.

“Lagu ini mengisahkan tentang seseorang yang ingin ‘move on’ dan melupakan kekecewaan dalam percintaan yang dialaminya.

“Saya harap lagu ingin dapat memberi semangat kepada pendengar yang juga kecewa agar dapat meneruskan kehidupan dan melupakan kisah lalu,” kata Nabila ketika ditermui pada majlis pelancaran lagu Vroom Vroom di The Bee, Publika pada Rabu.

Muzik video rasmi lagu Vroom Vroom kini boleh ditonton disaluran Youtube Seventeen Eleven Music dan ia juga boleh didapati di semua platform digital bermula 1 Februari 2019.

Ruang komen
Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!