Bukan lawak dirancang – Shuk

Pelawak, penyampai radio dan pelakon popular, Shuk Sahab bakal kembali dalam program realiti hiburan I Can See Your Voice Malaysia musim kedua (ICSYVMY2) akui lawak dan komedi yang muncul dalam program tersebut adalah sesuatu yang tidak dirancang.

Menurut Shuk, semuanya berlaku secara spontan dan kadang kala mereka sendiri tidak menjangka akan menjadi lawak.

“Dalam program ICSYVMY2, lawak-lawak yang timbul bukan dirancang. Semuanya berlaku secara spontan. Komedi yang terhasil terbit daripada corak permainan itu sendiri.

“Bagi saya setiap episod adalah istimewa dan pastinya penonton akan tidak kering gusi melihat aksi-aksi lawak yang muncul secara spontan.

shuk

“Musim terbaru ini juga lebih mencabar kerana susah untuk kita mengesan siapa penyanyi sebenar dan penyamar bersuara sumbang berbanding musim sebelum ini.

“Kehadiran artis-artis jemputan mengenal pasti siapa dikalangan penyanyi-penyanyi misteri dan juga sebagai panel penyiasat memeriahkan lagu musim kedua ini,” kata Shuk.

Dalam perkembangan lain, Shuk juga akan muncul dalam sitkom Jenaka Kampung Kalut (J.K.K) musim terbaru dan sitkom terbaharu, Pop Yeh Yeh tidak lama lagi.

Ruang komen
Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!