“Bukan ketepikan tapi tangguh dulu” – ZAMANI respon soal kahwin

Penyanyi Zamani akui rezekinya dalam bidang nyanyian semakin baik dan menerima banyak undangan persembahan sejak membuat kemunculan semula tahun lalu.

Bakal muncul dalam Konsert 3 Suara pada 6 April 2019 di Ipoh, Perak, Zamani terpaksa tangguh dahulu niatnya untuk berkahwin kerana perkembangan kerjayanya.

“Memang sebelum ini saya ada sebut hendak menamatkan zaman bujang. Tapi saya terpaksa tangguh dulu soal kahwin kerana ingin memberi keutamaan pada kerjaya nyanyian yang kembali rancak.

“Sekarang ni saya memang betul-betul sibuk. Jadi soal kahwin saya terpaksa lupakan seketika. Bukan saya ketepikan tapi tangguh dulu.

“Soal calon, saya ada berkawan dengan seseorang. Saya tak berani nak war-warkan dulu sebab belum sampai masanya lagi.

“Kalau ada perkembangan lain saya akan kongsi dengan rakan media dan peminat. Jangan risau, saya tidak akan rahsiakan jika akan berkahwin nanti. Apa pun doakan lah ya,” kata Zamani ketika ditemui di majlis sidang media Konsert 3 Suara pada Selasa.

Bercerita tentang perjalanan kariernya, Zamani bersyukur masih diterima dan sokongan peminat amat menggalakkan.

“Alhamdulillah, dengan izin Allah tahun ini banyak tawaran show yang saya terima. Makin bertambah rezeki saya dalam bidang seni. Salah satu show berskala besar yang saya terima adalah Konsert 3 Suara.

“Saya bersyukur dengan rezeki Allah berikan. Memang berbeza dengan sebelum ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada peminat dan rakan media yang tidak henti-henti menyokong kerjaya seni saya,” luah Zamani.

Zamani bakal muncul dalam Konsert 3 Suara bersama Datuk Jamal Abdillah dan Ameng pada 6 April 2019 ini di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak.

Tiket dijual pada harga RM83, RM103, RM133 dan RM183 dan boleh didapati secara atas talian menerusi laman web www.ilassotickets.com

Untuk maklumat lanjut tentang Konsert 3 Suara, boleh hubungi talian di 03-21706333.

Foto: Zulhilmi Zaini

Ruang komen
Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!