BUKAN KEKASIH HERO INDONESIA

JANGAN sebarang-sebarang cakap kerana gadis bertubuh kerengga, berbibir Angelina Jolie dan bermata galak si  Kajol, Kilafairy , 27, tidak demam cinta dengan mana-mana lelaki!

Itu diperjelaskan Kila yang selama ini digosipkan adalah buah hati, si kacak aktor berbadan sado dari Indonesia- Hardy Hartono.

“Apa yang boleh saya katakan, antara kami  dulu dan sekarang, hanya berkawan,” kata penyanyi dan pelakon berambut lebat, juga anak penyanyi era 70an Rohana Jalil dan pegawai keamanan, Janghir Khan.

Satu  sumber terdekat, mengesahkan, Kilafairy dengan Hardy Hartono sudah lama tidak berjumpa malah hubungan pernah akrab sebelum ini tidak sampai ke tahap sebuah percintaan yang diidamkan Hardy.

“Dulu Kila memang selesa berkawan dengan Hardy, namun, anak Rohana Jalil ini jenis teliti…dia bukan jenis mudah jatuh cinta dan sangat berfikir soal jodoh itu, mendalam.

“Dia tak mudah mengungkap perasaan cinta, apatah lagi kalau ada yang dilihat untuk  menepis harapan lelaki.”

Maka, sebab itu, sampai saat ini,  Hardy baginya layak menjadi kawan sahaja.

Hardy tak lama dulu pernah berharap punya jodoh dengan Kilafairy.

Gadis ini  lebih senang melontarkan senyum bila ditanya adakah dirinya belum bercinta? Dalam erti kata, lain lebih suka berahsia daripada bercerita tentang hati dan perasaan.

Yang pasti, jangankan yang bujang bahkan yang sudah berumah tangga berminat kepada  si cantik ini.

Namun, jangan lupa, ayahnya…`memasang mata’ terhadap anak daranya. Dalam suasana dilihat bergaya namun Kilafairy ialah  jenis perumah kalau habis bekerja. Kalau mahu ke mana-mana, ada yang akan menemaninya, termasuklah ibunya.

Dan menjadi ketegasannya, Kilafairy tidak suka duduk atau`bersidai’ lama-lama dalam majlis atau lokasi yang dihadirinya.

Sesudah  kakaknya bertunang baru-baru ini, Kilafairy tidak rasa  terdesak untuk  memikirkan lelaki dalam hidupnya, pada waktu terdekat.

Namun pernah memberitahu ibunya, andai sampai hari bertemu jodoh, dia selesa hanya mengadakan majlis sederhana.

Pastinya,  melibatkan kaum keluarga ,sahabat handai dan rakan media kerana memahami dirinya sebagai selebriti.

Artikel ini telah disiarkan dalam majalah URTV edisi digital keluaran September 2018. Jangan lupa dapatkan majalah URTV edisi digital menerusi aplikasi eKarya di App Store (ios) dan Play Store (android)

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!