Bukan hanya sekadar rupa, Muaz mahu buktikan bakat yang ada

Penyanyi baharu yang sedang meningkat naik, Muaz membidas kenyataan khalayak yang mengatakan dirinya berjaya bergelar seorang artis hanya berlandaskan paras rupa.

Muaz atau nama sebenar, Muhammad Muaz Mustaqim, 18, memberitahu dia menceburi bidang nyanyian bukan hanya sekadar menjual paras rupa tapi bakat yang dimilikinya.

“Setiap orang ada pendapat masing-masing. Saya tak jaja paras rupa tapi bakat dan minat yang terlalu mendalam dalam bidang nyanyian.

“Saya kena buktikan dengan membuat yang terbaik agar khalayak tidak hanya memandang paras rupa tetapi bakat yang saya ada,” kata Muaz yang popular dengan single pertama berjudul 5 Minit.

Jom tonton video temubual lanjut bersama Muiz tentang hal ini, single pertama beliau berjudul 5 Minit dan perancangannya untuk kekal lama dalam industri.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!