Bufet selama dua bulan, MENU PADANG BATANDANG LAGI

BERITA menarik untuk `kaki makan’  dan peminat selera Melayu Padang! Sajian lauk pauk  orang Minangkabau di Sumatera Barat `batadang’ (bertandang)  lagi ke Melting Pot Cafe,  Hotel Concorde, Kuala Lumpur.

Sepanjang bulan Oktober dan November  tahun ini, hidangan yang pernah disajikan dua tahun lalu sempena bulan Ramadan  disajikan semula atas permintaan ramai.

“Sambutan hebat dan kemahuan pelanggan  kami utamakan, bersesuaian konsep Melting Pot Cafe memperkenalkan selera Asia dan Barat termasuk masakan rantau ini, masakan Padang bakal dimuatkan juga  dalam menu ala carte sesudah sajian bufet  untuk selama dua bulan ini.

“Lebih 30 jenis masakan Padang  disajikan setiap hari dengan lebih 13 menu berlainan aneka untuk  makan malam secara bufet. Terdahulu, kita dah perkenalkan masakan Thailand dan India yang juga mendapat rating yang baik.

“Peminat lauk pauk Padang,  menu-menu padang seperti  Ayam Pop, Dendeng daging, Kalio Ayam, Sup Tulang Rusuk, Sambal Udang  Petai, Gulai Jariang (Jering) Pucuk Ubi, Taruang (Terung ) Balado (berlada), Sup Ekor, Gad0-Gado, Gulai Ikan Lado Api dan banyak lagi,” kata Pengarah Pemasaran & Komunikasi Hotel Concorde.

“Chef kami iaitu Chef Rogayah Shariff dan Chef Azizah Abdul Malik dengan Chef DZulkarnain Salleh  mendapatkan  resipi asli masakan Padang daripada pakar masak  di Sumatera,” tambahnya.

Cef Azizah

Puji seorang pelanggan Del Yani Affandi, 36 , “ Saya cukup suka dengan hidangan Padang di sini, contoh Daging Dendengnya sedap begitu juga Ikan Keli Balado dan lain-lain. Jangankan saya, seisi keluarga suka makan di sini dengan menu Padang.”

Del Yani Affandi

Jangankan pelanggan Melayu yang bukan Melayu pun sukakan masakan Padang.

Macam biasa, selain hidangan Padang, pelanggan yang datang boleh juga merasai masakan Melayu tempatan dan Barat  serta pemanis mulut dengan harga bufet RM110 bersih (seorang).

Untuk sebarang tempahan awal boleh dail ke talian  03 27172233.

 

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!