Bisnes dengan Abang Najib dan Kak Ma, IZZMAD teruja Ayam Goreng Laris!

PENYANYI dan pelakon, Izzmad Harun antara artis muda yang aktif `turun padang’ berniaga pada bulan puasa tahun ini. Setiap petang penyanyi yang tengah mempromosi singlenya Saat Kau Jauhdan juga lagu Baju Raya Eksklusif ini berada di  gerainya di Bazaar Ramadan Sky Blue Futsaldekat Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor(berdekatan kilang Hong Leong Yamaha) termasuklah buat kerja  menggoreng ayam!

“Kalau Huzz nak tahu saya dah ada pelanggan tetap tau! Hari-hari akan ulang datang membeli Ayam Goreng Rangup Selalu Di Hatiyang saya dan kawan-kawan jual ini,” cerita Izzmad  teruja bisnes yang semakin `masyuk’ (untung). Dah makin tebal dompetnya ya.

Alhamdulillah rezeki Ramadan namanya tu! 

URTV dapat respons yang ayam goreng jualannya sama sedap macam ayam goreng dari sebuah restoran popular Malaysia tu…malah dianggap lebih istimewanya lagi, kerana ayam goreng rangup Izzmad ni kalau dah sejuk tak keras malah masih sedap dimakan.

“Resipi utama kesedapan ayam-ayam goreng ini kerana dagingnya daripada ayam- ayam segar. Beli dari kedai barangan mentah yang berkualiti. Selain itu, adunan tepung dan bahan lain kena betul sukatan dan bancuhan, sosnya pun dibuat sendiri,” ceritanya. 

“Tahun ini saya bersama-sama dua kawan baik, Abang Najib dan Kak Ma (Ima)  mengusahakan bisnes ayam goreng rangup ini selain minuman dan makanan dengan nama Jus Tembikai Bulan Bintang dan Laksa Nilai Kasih kerana perniagaan kami mengutamakan harga `kasih sayang` di bulan puasa. Pelanggan boleh membeli dengan harga serendah RM1 di sini.

“Kalau sambutan dah hebat, lepas raya ini, mungkin akan teruskan perniagaan ini di merata tapak karnival  jika ada peluang,” ceritanya.

Izzmad membesar dalam keluarga bisnes. Familinya di Teluk Intan, Perak ada kedai makan. Jadi semangat rezeki dengan berniaga,  membara dalam jiwa lelaki 20an ini.

Izzmad dengan penyanyi Aiman Tino juga dua artis muda duta program IKS Selangor sejak tahun lalu.

“Pada 22  Mei ini  sekitar pukul 4.00 pagi saya, Aiman dan kakaknya, Farah Hazel akan ke Rumah Anak-Anak Yatim Sri Kundang, Selangoruntuk  projek singgah sahur bersama-sama  yang diraikan, . Ini salah satu projek amal kami diberi nama Seindah Ramadan,” kata Izzmad lagi.

Selain itu, menjelang lebaran nanti, Izzmad turut menjual kuih raya dengan membantu ibu-ibu tunggal.

“Saya jual beberapa jenis kuih tat dan juga maruku ikan bilis yang sedap- sedap. Saya dapatkan bekalannya, daripada ibu-ibu tunggal yang berbakat di dapur, secara tak langsung,  saya bantu bisnes mereka ,” ceritanya yang akan muncul dalam sebuah telemovie tak lama lagi.

Begitulah rajinnya Izzmad Harun . Inilah dikatakan, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Di mana gigih usaha, di situ akan ada hasilnya.

Selain itu, ada juga projek besarnya sampai kena berbadan sasa. Baca nanti pengakuannya  hanya untuk URTV, pada lusa ini!

Ruang komen
Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!