BIAR TAK BERKONGSI – FAUZIAH LATIFF

TAK perlu berkongsi. Itu lebih disenangi penyanyi, pelakon dan ahli perniagaan, Fauziah Latiff  bila diajak bercerita  tentang dua orang anak lelaki yang sedang meniti alam remaja.

Ketika bertemu dengan Fauziah Latiff  di bangunan studio (diusahakan dengan rakan kongsi di Damansara), Huzz merisik kisah bukan sahaja perihal anak-anaknya… bahkan bila nak berkahwin lagi?!

Pernah  mendirikan rumah tangga   dua kali namun berakhir dengan perceraian ( pertama dengan kerabat raja Selangor dan kedua dengan ahli perniagaan terkenal),  apa sebenarnya membuatkan wanita ini masih terus dengan status ibu tunggal?

Penyanyi yang pernah meledak popular dengan lagu-lagu hitsnya  Kau Merubah Segalanya, Teratai Layu Di  Tasik Madu, Enggan, Apa sebenarnya dan banyak lagi sudi menjawabnya.

Lagu-lagunya bertahan kekal evergreen, disukai generasi 90an sampailah ke sekarang ini, juga berhasrat kembali aktif dengan dunia seni suara.

Jom ikuti wawancara eksklusif dengan Fauziaf Latiff untuk URTV.

Video: Isyraq Naiman

JANGAN lupa peminat peminat Fauziah Latiff, 30 Mac 2019 berlokasi di Dewan Utusan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, beliau akan turut serta menjayakan acara zumba dalam program MHE Ronggeng pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

Sesiapa nak join program itu boleh menghubungi talian dalam poster.

Ruang komen
Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!