Beramal tak pilih kaum – DATUK SERI SITI NURHALIZA

DATUK Seri Siti Nurhaliza mahu program dana Simplysiti Di Hati untuk Yayasan Institut Jantung Negara (IJN), tidak bersikap `pilih bulu’.

“Kalau nak beramal biar ikhlas tanpa mengira bangsa dan agama, jadi sejak lapan tahun lalu, kami bekerjasama , alhamdulillah pihak kami dan Yayasan IJN memberi sumbangan kepada yang berbangsa dan agama lain di tanah air,” demikian pesan Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berbesar hati meneruskan lagi program sumbangan Simplysiti Di Hati  untuk Yayasan IJN ,pada  tahun ini.

“Sejak tahun 2011 , program ini diusahakan,  alhamdulillah, seramai 11 orang  kanak-kanak berbilang kaum, sudah mendapat manfaatnya dapat menjalani rawatan pembedahan jantung di IJN.

“Siti  gembira dapat bekerjasama lagi dengan Yayasan IJN dan program kali menyasarkan dana untuk tiga lagi  anak kecil yang memerlukan bantuan pembedahan jantung.

Target  kali ini,  Insya Allah, lebih RM100,000 untuk  pembiayaan pembedahan jantung tiga anak  berbangsa Melayu, Cina dan India. Program jualan kosmetik Simplysiti dan Creacion akan berlangsung di tiga buah lokasi.

“Setiap belian RM100,  anda akan turut menyumbang RM5 kepada dana ini.

“Nanti datanglah beramai-ramai ke lokasi yang ditetapkan untuk jualan. Semoga usaha murni kepada generasi akan datang ini diberkati,” katanya yang selain dengan Yayasan IJN turut bersama-sama suaminya membantu banyak pihak lain yang memerlukan, melalui Yayasan Nurjiwa.

Ditanya URTV Online, apa kah beliau juga berminat untuk bekerjasama bagi program dana kepada yang berdepan masalah mata dan buah pinggang, katanya, “Insya Allah kalau dapat bekerjasama seumpama ini.”

Terdahulu, sebelum wawancara dengannya, Siti melancarkan program  kerjasama Simplysiti Di Hati  dengan Yayasan IJN ,di PNB Perdana, Kuala Lumpur  yang turut  ramai tetamu antaranya  dihadiri oleh pihak Yayasan Institut  Jantung Negara, Simplysiti dan PNB Perdana (yang menaja lokasi) dan rakan media.

URTV berharap  program kebajikan ini mendapat sokongan ramai untuk turut bersama-samanya mengisi dana yang diusahakan.

Orang Islam ditegah memilih-memilih orang, dalam memberi sumbangan. Ingatan itu Allah telah ingatkan dalam kisah Nabi Ibrahim A.S  yang disuruh bersedekah tanpa memilih kepada siapa.

Malah Nabi Muhammad S.A.W juga memberi makan dan minum termasuk kepada lelaki Yahudi buta yang duduk di tepi pasar.

Memahami Islam akan membuat orang Islam dilihat lebih berperikemanusiaan dan tidak berlaku zalim kepada yang lemah dan memerlukan.

Video: Isyraq Naiman
Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!