Bekas Pemain dram FAHRENHEIT meninggal dunia

Bekas pemain dram kumpulan rock Fahrenheit, Dino meninggal dunia pada pukul 2.19 pagi tadi di Hospital Kajang.

Dino atau nama sebenarnya Mohd Zainudin Kamamarulzaman, 47, yang menghembuskan nafas terakhir akibat sakit jantung ini meningalkan seorang balu yang Liza dan tiga orang anak mereka iaitu Tamy, Putra dan Amsha.

Menurut adik arwah, Mohd Mazlan Kamarulzaman,34, jenazah dimandikan di Masjid Sungai Kantan dan dikebumikan pagi ini di Tanah Perkuburan Islam, Sungai Kantan, Kajang.

Mengimbas sedikit tentang kerjaya, Allahyarham Dino pernah aktif bersama Fahrenheit pada tahun 1995 bersama anggota-anggota yang lain iaitu Ary (vokalis), Yan (gitaris) dan Ajaq (pemain bes).

Namun, Dino menarik diri dari Fahrenheit pada tahun 1997 kerana mahu fokus terhadap kerjaya lain. Posisinya digantikan oleh Joe yang juga bekas anggota kumpulan Mercury.

Sebelum ini, Fahrenheit muncul dengan album Cahaya Gemilang, Hero dan Momok. Antara lagu popular adalah Sabar Menanti, Tabah, Ana dan Kelmarin Yang Pijar.

Sama-samalah kita doakan agar Allahyarham Dino bersama golongan yang beriman. Amin…

Dari kiri: Yan, Ajaq, Dino dan Ary
Ruang komen

Please enter banners and links.

Deel Anjer
News Reporter
error: Content is protected !!