BAN ALIFF AZIZ?

“MEMANG saya tengah terkilan.  Namun setakat ini saya  belum fikir nak ban atau  blacklist (senarai hitam) namanya daripada berlakon dengan mana-mana drama produksi saya selepas ini.

“Artis yang saya maksudkan itu, bukan Aliff Aziz. Bagi saya Aliff Aziz  okey sahaja. Selagi stesen TV tak ada masalah dengannya  sebagai  produser saya  sentiasa membuka pintu untuk bekerjasama asalkan, boleh bagi komitmen yang baik selain berbakat.

“Walaupun orang sekarang sedang bercakap mengenai Aliff Aziz, saya rasa itu soal peribadi tentangnya dan produksi tak menutup pintu dia mencari makan dalam dunia lakonan,” demikian penjelasan Haji Zeel selaku produser Zeel Production kepada URTV.

Aliff Aziz sedang mencuri tumpuan dan diburu wartawan apabila kecoh ada dakwaan si sejak malam tadi, si  tinggi lampai ini sedang intim dengan seorang peminat di laman sosial.

Hal rumah tangga pelakon kacak dari Singapura ini sekali lagi jadi perhatian apabila dikatakan ada orang ketiga. Sebelum ini dengan dua orang pelakon bagaimanapun, Aliff sudah menjawab hubungan baik mereka berbaik atas dasar kerja.

Aliff masih berdiam ketika riuh orang memperkatakan gambarnya dengan perempuan lain, yang tular dalam  laman sosial.

Dalam pada itu, ada yang  meminta semua pihak menghormati  hubungan Aliff dan isterinya dengan   tidak membebani mereka dengan cerita panas.

Sebagai produser Haji Zeel  menasihatkan semua  public figure berusaha menjaga nama baik, sentiasa merendah diri  dan mengelak nama baik tercalar.

“Aliff  seorang yang merendah diri. Tak sombong serta berbakat.

“Produksi saya adalah  yang pertama  memperkenalkannya sebagai pelakon  drama TV dalam  Epilog Cinta Kirana beberapa tahun lalu. Ketika itu, Aliff  nak cuba jadi pelakon.

“Lepas tu saya ambil dia berlakon drama kami yang menang Drama Festival Kuala Lumpur sebelum ini, Meh Sandar Padaku berlakon dengan Mira Filzah.

“Cuma  Aliff ini susah nak datang shooting waktu pagi. Sebab itu dia meminta kelonggaran dalam hal itu dan saya meminta production menyediakan babak-babak melibatkannya  pada tengah hari sampai malam,”  kata Zeel.

“Sekarang,  saya tengah geram dengan seorang pelakon lelaki  lain  yang juga  pernah diperkenalkan  Zeel Production sebelum ini sebagai pendatang baru dalam drama TV.

“Makin demanding dan  jual mahal  pula bila diajak berlakon untuk sebuah drama  menjelang hari raya ini,” dakwa Zeel.

Siapakah si pelakon tersebut? Diharapkan, segala kemelut berakhir damai. Dunia hiburan tak besar mana, balik-balik jumpa muka sama. Dan dalam soal rezeki sebagai artis, ada baiknya tidak memilih sangat apatah lagi selagi masih laris.

Ruang komen
Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!