Bakat baharu rap, LIL J muncul dengan lagu BESTFRIEND bersama CHALEEDA

Penyanyi rap yang bakatnya dicungkil oleh Joe Flizzow menerusi program 16 Baris musim pertamas, Lil J kini muncul dengan single berjudul Bestfriend bersama bintang asal Thailand, Chaleeda Gilbert.

Lagu ciptaan Alif dan lirik oleh Joe Flizzow dan SonaOne itu menyelitkan beberapa bait lirik bahasa Inggeris dan merupakan lagu Melayu pertama buat kedua-dua penyanyi muda ini.

Bernaung di bawah Rocketfuel Entertainment, kedua-dua bintang muda ini mempunyai potensi yang besar dalam industri hiburan dan mempamerkan kematangan dalam bakat seni yang mereka persembahkan.

Lebih menarik lagi, Lil J yang lebih sering membuat persembahan di dalam Bahasa Inggeris berani tampil untuk menyampaikan sebuah lagu di dalam Bahasa Melayu yang jelas sekali merupakan sebuah bahasa asing buat Chaleeda juga.

Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd., Lil J dan Chaleeda masing-masing mempunyai kekuatan mereka sendiri dari segi cara nyanyian.

“Saya rasakan kolaborasi mereka berdua dalam lagu ini pasti akan memberikan impak tersendiri di dalam muzik hiburan Malaysia.

“Bukan itu sahaja ini merupakan lagu berbahasa Melayu pertama buat mereka, kami sengaja berikan sedikit kelainan buat Lil J dan Chaleeda untuk memikat hati pencinta muzik Malaysia,” kata Feros.

Single Bestfriend ini diterbitkan sepenuhnya oleh Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.

Muzik video rasmi Bestfriend sudah pun boleh ditonton di saluran YouTube Rocketfuel Network.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!