Bakal jadi duta gim, REZEKI SELALU ‘ANGKAT’ BESI!- A.AIDA

USAHA tanpa jemu selalu `bermain’ atau `mengangkat besi’  mahu badan solid menarik membuatkan Produser Datuk A.Aida ‘murah rezeki’ !

Bukan saja rezeki badan kelihatan langsing  menawan tetapi  ditawar menjadi duta!

Eksklusif untuk URTV, Datuk A. Aida yang mengizinkan rakaman video aktivitinya pada malam hari di pusat gymnasium dekat gedung beli-belah Ampang Point baru-baru ini,  bercerita tentang `tuah’  yang mendatang.

“Seminggu dalam beberapa kali saya akan ke sini, bila bulan puasa, saya akan datang lepas tarawih. Saya nak kecilkan lagi tangan, kaki dan bentuk badan. Nak bertahan dengan  badan yang  langsing. Joging dan senaman jalan kaki sahaja tak cukup. Bila masuk bulan puasa,  adakala berselera makan di merata majlis, jadi  sebab itulah tak boleh  henti senaman main besi di gimnasium.

“Betul saya bukan pelakon drama…hanyalah seorang  produser.  Mungkin ada berkata,  mengapa  nak mencantikkan badan, bukan nak berlakon depan TV pun. Kena ingat saya ini, orang dalam industri kena jaga penampilan termasuk bentuk badan.

“Kalaupun  saya bukan artis, saya tetap melakukan semua ini demi kesihatan. Itu amalan sejak dulu.   Saya agak takut bila berat badan naik. Masa mengandungkan anak ketiga, berat badan saya sampai 80 kg… cukup membimbangkan kalau-kalau tak hilang lepas bersalin,” cerita Aida.

“ Sebab itu, saya tak jemu-jemu `main besi’. Tengok ni,  bila badan cantik, rajin keluar masuk gim… dah  ada  yang offer saya jadi duta gimnasium! Malah saya akan menerbitkan juga  minuman kesihatan untuk semua kaki gim tak lama lagi, tunggu tak lama lagi pengumumannya, sekarang dalam peringkat perbincangan selepas menerima tawaran…” katanya.

A.Aida bersama-sama rakan-rakannya termasuk pelakon Zoey sering ke situ untuk mengeluarkan peluh dan membentuk badan. Kelihatan juga wartawan hiburan Sudirman ( Metro). Khabarnya Presiden Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Tanah Air (WHAM), Tengku Khalidah Tengku Bidin  mula menyertai mereka kerana bercita-cita   bertubuh langsing  setelah melihat kesungguhan A.Aida berbadan cantik.

Jom layan rakaman video dan wawancara dengannya!

Ruang komen
Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!