Bahana kencing tikus..Pesanan ROSMAN selepas bangun dari `mimpi ngeri’

HATI hati minum di kedai. Pastikan persekitaran juga bersih selain gelas, pinggan dan makanan yang  selamat. Begitu juga kalau membeli minuman dalam tin, pastikan basuh dulu elakkan terlantar sakit kerana kencing tikus.

Itulah pesanan suami dan pengurus penyanyi Dayang Ku Intan, Rosman Yahil yang sudah tiga bulan menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. `Mimpi ngerinya’ ketika menderita sakit dan kerosakan buah pinggang kini berakhir.

“Punca sebenar saya mengalami kerosakan buah pinggang kerana kencing tikus. Doktor mengesahkan hal ini setelah menjalani rawatan, jadi saya menasihatkan semua orang kena berhati-hati, saya tak tahu dari mana saya mendapat minuman yang tercemar kencing tikus, tapi itulah punca saya demam-demam tak sembuh dan terlantar. Mulanya disangka denggi tanda-tanda, sakit lebih kurang,” cerita Rosman yang mengesahkan punca sakitnya  yang masih jadi pertanyaan banyak pihak sebelum ini.

Rosman Yahil ketika ditemu ramah secara eksklusif oleh URTV baru-baru ini mengaku, beransur pulih dan tidak perlu  menjalani rawatan dialisis berikutan pemindahan buah pinggang isterinya, Dayang Ku Intan kepadanya, berjaya.

“Alhamdulillah saya sudah menjalani kehidupan biasa semula. Enam bulan lalu berdepan sakit kritikal. Waktu itu, saya  redha kalau ajal sudah sampai.

“Kini syukurlah, segala-galanya berjalan baik…dan saya mahu kekal jodoh dengan isteri sampai ke Jannah,” katanya yang punya empat orang anak dengan isterinya itu.

Ikuti wawancara rakaman video URTV dengan Rosman tentang sakit, keresahannya bila isteri sedia menyumbang buah pinggang serta pandangannya kepada tindakan segera pesakit buah pinggang.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!