‘Baby boy‘ hadiah harijadi Alif Satar

Impian penyanyi, pelakon dan pengacara popular, Alif Satar untuk mempunyai anak lelaki akhirnya termakbul setelah isterinya, Shadila Halid telah selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 11.21 malam Khamis (19 September 2019).

Khabar gembira tersebut dikongsi Alif menerusi menerusi akaun Instagram peribadinya, @alifsatar.

“Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah allahuakbar allahuakbar allahuakbar my wife @shadilahalid at 11.21 pm, 19/09/19, safely delivered our third child. A healthy baby boy,” tulis Alif di Instagram.

Menariknya, kelahiran cahaya mata ketiga Alif dan Shadila itu jatuh pada tarikh yang sama dengan harijadi Alif, 19 September.

Alif dan Shadila mendirikan rumah tangga pada September 2014 dan turut memiliki dua cahaya mata perempuan, Alisha Anugerah, 4 dan Ariana Mecca, 2 .

Ruang komen

Please enter banners and links.

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!