Azwan Ali mahu Ziana Zain

SETELAH URTV secara eksklusif (sebelum Ramadan), mendedahkan selebriti sensasi Azwan Ali  atau popular sebagai Diva AA sedang menjalani kehidupan baharu di  Kota London sejak Februari tahun ini, ramai yang terkejut.

Begitu juga ada yang tumpang sedih membaca cerita sewaktu sambutan lebaran tahun ini, Azwan Ali mengadu dengan URTV  , memasak rendang resipi arwah ibunya sambut Syawal  di perantauan. Bagai melepaskan rindu teringat keluarga yang jauh.

Terkini,  ketika berbual lagi  dengan Azwan Ali, beliau memberitahu Huzz untuk URTV, rindunya meluap-luap nak buat program baharu untuk TV  termasuk hasratnya nak  melamar  janda anak empat si cantik manis Ziana Zain!

Jom baca pengakuan Azwan Ali dari Kota London.

“Aku terkejut dan terharu bila kau dan peminat- peminat  beritahu aku     yang rancangan komedi untuk raya (Ketupat Rendang)   aku buat untuk RTM tiga  tahun lalu, akan diulang siar semula di TV1 pada  28 Jun ini.

“Promonya dikatakan berkali-kali dan waktu siaran  waktu utama sekitar 9.00 malam lagi.

“Tahun lalu waktu hari raya pun TV3 ada menyiarkan rancangan lama aku. Sekarang baru aku sedar, dalam tiga tahun aku tak ada job dengan stesen TV  sangkaan aku ada  kaki cocok tak bagi stesen TV layan kerja-kerja aku, sama sekali tak benar!

“ Dan aku berharap,  kalau dah boleh siar semula  hasil kerja dan lakonan apa salah RTM ke TV3 ke atau Astro sudi bekerjasama untuk rancangan terbaharu pula.

“Sejujurnya dah adapun skrip yang aku simpan sejak tiga tahun lalu.  Tak basi lagi idea dalam skrip  itu . Kalau  yang sebelum ini   hasil kerja aku yang diulang siar berkali-kali  buat peminat kata tak jemu jemu , pasti mereka juga akan suka yang terbaharu ini. Insyaa  Allah.

“Peminat cakap rancangan  aku yang dulu-dulu seperti Cak Cak Lontong, Sambal, Lodeh juga Ketupat Rendang menghiburkan  sebab selain artis-artis yang menjayakannya popular , ada yang baru dan lama serta idea  menarik.

“Kali ini kalau ada lampu hijau stesen TV, aku  akan balik untuk buat satu lagu  program vas (menarik) . Aku nak sambar dan lamar Ziana Zain  untuk bersama-sama aku sebagai hos program!

“Ziana makin cantik, bertahan popular dan masih diminati ramai. Kami berdua ini sama-sama popular sejak 90an. Dia saja artis yang berani panggil aku nama Dek Non tau!

Ziana Zain

“Kami ada berborak di telefon sekitar tahun lalu.”

Bagi generasi baru yang tak tahu, dulu, waktu  awal-awal Ziana Zain muncul dan meletop, Azwan Ali  pula ketika itu  seorang pengacara dan penerbit terkenal di TV3.

Malah dek kerana  Azwan Ali sangat meminati Ziana Zain, dia pernah digosip jatuh cinta dengan penyanyi  yang memiliki suara tinggi dan lantang mengalunkan banyak lagu-lagu sedap.

Ziana Zain juga pernah menjayakan rancangan terbitan Azwan sebelum ini.

“Kami pernah berkawan baik, aku suka cara Ziana Zain dan aku rindu nak kerja lagi dengan dia,” cerita Azwan Ali.

Dah terlanjur berbual  tentang kerinduannya di Azwan Ali juga berbual dengan Huzz tentang abangnya, menteri kanan,  Datuk Seri Azmin Ali.

“Ada orang suka tengok kami bergaduh lagi, tapi kau dengan seorang lagi wartawan nampaknya suka tengok kami adik-beradik berdamai. Memang pun aku dah minta maaf dengannya secara terbuka baru-baru ini kalau ada komen aku sensitif tapi sejujurnya  aku simpati dengan apa terjadi dengannya dikaitkan dengan video  yang tular, aku berharap dia dapat bersihkan nama baiknya yang cuba dicemari,” kata Azwan Ali.

Abang Azwan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

Nama pun adik-beradik. Buat apa nak bergaduh-gaduh. Air ditetak takkan putus. Terlebih terkurang kalau ada, maafkanlah. Dunia akan aman damai kalau manusia saling hormat-menghormati dan menyayangi.

Azwan juga bila ditanya tentang pemerintah kerajaan Malaysia Baru mengakui, nampak ada sikap profesional dan mulai nampak usaha pemimpin sekarang dalam menjaga baik negara ini.

Sebelum menutup perbualan Diva AA ini juga memberitahu dia sudah dapat tahu kenapa laman instanya sering kena godam.

“Sekarang aku dah guna i.g @divaazwanavazztersohor harap peminat-peminat semua maklum, yang lama-lama itu kena godam itu  rupanya kena masalah teknikal,” akuinya.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!