AZWAN ALI BAHAGIA DI LONDON

RAMAI yang bertanya… ke manakah perginya selebriti sensasi Azwan Ali tu?  Beliau yang terkenal dengan nama Diva A.A itu menyepi saja. Apa dah jadi?

Ada yang minta URTV merisik risik ke mana menghilangnya dia?

Nah…akhirnya berjaya juga dijejaki malam tadi. Al kisahnya, sudah menetap di London sejak empat bulan lalu.

Kenapa jauh berhijrah tu. Azwan Ali merajuk ke tu?

“Ya Huzz…ni Diva A.A yang sudah duduk di Kota London. Dah genap empat bulan `berhijrah’ sejak awal Februari tahun ini. Insya Allah akan sambut sebulan Ramadan dan Syawal pun di sini.

“Punca tinggal di sini? Ya bukan merajuk lagi… bahkan tak koser (kuasa) dan amat kecewa dengan 1001 cerita semenjak wujudnya Malaysia Baru. Jika YB Nurul Izzah `patah hati’ Diva A.A…`remuk hati’.

“Itu antara punca kenapa melekat di sini. Diva A.A dijadualkan pulang ke Malaysia selepas sambutan Aidilfitri kerana akan ada satu majlis perkahwinan gah yang telah disahkan hujung Jun 2019. Lepas tu akan balik semula ke Kota London,” katanya.

Siapa kah yang nak berkahwin tu? Tak pulak mahu disebut…apakah Diva A.A sendiri? Simpan ingin tahu itu nanti. Tunggulah nanti siapa yang bakal naik pelamin.

Dalam banyak-banyak tempat… mengapa mesti London ?

“Kerana Kota London ini sungainya punya 1001 keindahan ciptaan Allah. Pertama kali sampai London, berpuas hati tanpa gangguan. Kesejukan cuaca dan masyarakat di sini.

“Jangankan London, malah memenuhi hajat menjelajah Paris, Perancis.

“Dapat bergambar di merata lokasi termasuk Eifel Tower yang tersergam ke puncak langit tu. Datang London ini guna duit sendiri, tak guna khidmat mana-mana pakej percutian. Agak mendebarkan pengalaman merantau ini namun berkat doa dan sokongan peminat, alhamdulillah.

“Kepada peminat-peminat Diva A.A, bolehlah melayari perjalanan dan hijrah ini di IG terkini @divaazwanaavazzz. Ig sebelum ini telah digodam dan disekat lebih 10 kali!

“Salam Ramadan daripada saya kepada seluruh umat Islam di mana jua, doakan Diva AA selamat di bumi Eropah. Terima kasih,” katanya kepada URTV..

Apa pun kepada Azwan Ali atau Diva A.A semoga gembira dan bahagia merantau di negara orang. Beliau yang dikenali sejak dulu, mulutnya riuh tapi dia seorang yang terkenal tak menyombong.

Ke mana pun pergi, jangan lupa banyak keindahan di negara kita yang pasti melekat di hati. Pulanglah bila rindu… anak dagang dan perantau di tempat orang pasti ingat peribahasa hujan emas di negeri orang hujan batu tempat sendiri…indah lagi tempat sendiri.

Ruang komen
Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!