AZLAN (TYPEWRITER) muncul dengan produk minuman tenaga TURBO 3

Penyanyi Azlan (Typewriter) kini bergelar usahawan apabila muncul dengan produk minuman tersendiri yang diberi nama Turbo 3 menerusi syarikat Maxfinity Ventures (M) Sdn Bhd.

Dilancarkan pada Rabu di Wow KL, Jalan Ampang, produk minuman tenaga Turbo 3 dicipta khas dicipta khas untuk pembentukan tenaga dalaman indivitu yang memerlukan tenaga secara segera.

Bercerita tentang produk tersebut, Azlan mendapat ilham untuk mengeluarkan air minuman tenaga Turbo 3 kerana kurangnya pesaing produk tempatan yang menjual produk yang sama.

“Saya memang sudah lama ingin terlibat dalam perniagaan dan mengeluarkan produk saya sendiri. Setelah membuat kajian dipasaran, saya dapati produk minuman tenaga kurang dipasaran.

“Selepas itu saya ambil keputusan untuk mengeluarkan produk tersebut kerana persaingan dengan jenama tempatan adalah sedikit dan terus membuat penyelidikan untuk mengeluarkan air minuman tenaga dengan jenama Turbo 3.

Azlan typewriter
Azlan muncul dengan minuman tenaga Turbo 3

“Produk ini masih baru dipasaran dan setakat ini hanya boleh didapati dibeberapa kedai runcit dan kami juga menjual diacara-acara sukan. Selain itu kami juga dalam proses untuk menjual di pasaran yang lebih meluas. Kami juga sedang bekerja keras untuk mengeksport produk ini keluar negara,”

Dalam pada itu, Azlan turut muncul dengan lagu khas yang akan digunakan untuk promo produk minuman tenaga tersebut. Berjudul Turbo, lagu itu turut menampilkan penglibatan penyanyi dari Sinegal, King Lhota.

Azlan Typewriter
Azlan Typewriter & King Lhota

Foto : Syefri Moniz

Jom tonton muzik video promo Turbo 3 berjudul Turbo ini!

https://www.youtube.com/watch?v=VAh_UaJ00SA
Ruang komen

Please enter banners and links.

Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!