AZIRA SYAFINAZ dan IZZUE ISLAM dalam telefilem KARMA CINTA

Dosa akan terus mengikuti kita selagi kita tidak bertaubat dan memohon maaf dari orang yang pernah kita lukai. Kekuatan diperlukan seseorang dalam mengungkapkan kata maaf apatahlagi bila melibatkan kehilangan nyawa insan tersayang.

Realiti kisah ini dihidupkan sebagai plot cerita dalam telemovie bertajuk “Karma Cinta” yang menampilkan gandingan utama Izzue Islam bersama pelakon cantik Azira Shafinaz sebagai watak utama.

Disiarkan menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 12 Januari ini, pukul 9.00 malam di TV1, kisah pergolakkan dalam diri seorang pemuda yang dibayangi dan dihantui kesilapan lalu ini hingga bertemu seorang doktor cantik dan jatuh cinta tanpa mengetahui latar belakangnya ini turut dibintangi oleh Riz Amin, dan Zarina Zainuddin.

Ikuti perjalanan kisah watak bernama Mustaqim seorang pemuda dan anak tunggal dari keluarga berada. Pada suatu hari semasa dia membawa kereta dengan pantas di kawasan kampung, dia melanggar seorang lelaki tua dan seterusnya melarikan diri.

Tidak lama kemudian dia mendapat tahu bahawa orang tua itu meninggal dunia ditempat kejadian itu. Peristiwa itu menghantui dirinya selama sepuluh tahun meskipun pelbagai rawatan dilakukan olehnya.

Seterusnya, atas desakan ibunya, dia berjumpa dengan seorang doktor wanita bernama Anis Sofea untuk mendapat rawatan. Keadaan Mustaqim bertambah pulih dan dia jatuh cinta dengan doktor tersebut.

Pada hari pertunangan mereka, Mustaqim mendapat tahu bahawa tunangnya adalah anak gadis kepada orang yang dilanggarnya dahulu. Seterusnya, Mustaqim berterus terang dengan ibu Anis. Ibu Anis marah dan minta agar pernikahan mereka itu dibatalkan.

Anis berusaha memujuk ibunya supaya memaafkan Mustaqim kerana dia telah pun insaf dan bertaubat, namun ibu Sofia tetap berkeras hati. Mampukah hubungan mereka diteruskan? Masihkah ada ruang kemaafan buat Mustaqim? Ikuti kesudahan telemovie ini di TV1.

Ruang komen
URTV
News Reporter
error: Content is protected !!