AZHAN RANI DIUGUT BUNUH GARA-GARA WATAK HAMADI

Pelakon Azhan Rani yang sedang popular menerusi watak Hamadi dalam drama bersiri Nur 2 akui watak itu sangat meninggalkan kesan kepada penonton.

Azhan yang memenangi kategori Antagonis Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 menerusi watak tersebut untuk drama Nur musim pertama memberitahu dia sudah menjangka lakonannya akan memberi kesan kepada penonton apabila menerima watak tersebut.

“Watak tersebut betul-betul dibenci penonton sehingga terbawa-bawa diluar sejak musim pertama lagi.

“Banyak tomahan dan cacian yang saya terima kerana mereka geram pada watak iu. Kalau nak tahu, ada yang begitu geram dan benci sehingga kata nak bunuh saya.

“Tapi saya tahu apa yang disampaikan itu ditujukan pada watak Hamadi yang sangat dibencinya dan bukan pada diri saya.

“Saya tidak marah dengan apa yang saya lalui kerana ini menunjukkan saya telah melakukan yang terbaik menjayakan watak Hamadi dan meninggalkan kesan kepada penonton,” kata Azhan ketika ditemui di Sidang media Kempen Ramadan Raya Rangkaian Televisyen Media Prima 2019 di hotel Sheraton, Petaling Jaya petang Rabu.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!