Ayah AIZAT AMDAN meninggal dunia

Ayah kepada penyanyi dan komposer muda, Aizat Amdan iaitu Datuk Amdan Mat Din telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.10 pagi Rabu.

Berita sedih tersebut dikongsi Aizat menerusi Instagram Story di Instagram beliau.

“Dukacita dimaklumkan ayah saya, Dato Haji Amdan Bin Mat Din telah kembali ke rahmatullah pada pukul 1.10 pagi 9 Januari 2019.

“Jenazah akan berada di Taman Ampang Utama sehingga pukul 11.00 pagi sebelum jenazah diuruskan di Masjid Kampung Melayu Ampang dan pengkebumian selepas Zohor,” tulis Aizat.

Takziah URTV Online ucapkan kepada seluruh keluarga Aizat. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman.

Ruang komen
Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!