AWIE dan ELLA bakal gegar DINNER GIG 2018

Dua legenda rock tanahair, Datuk Awie dan Ella bakal membuat persembahan di atas pentas yang sama menerusi Dinner GIG 2018 pada 7 Disember depan di hotel Tenera Bangi.

Konsert yang bertujuan untuk mengumpul dana bagu menampung perbelanjaan Kelab Bola Sepak Felda United ini  merupakan anjuran FUFC The Fighters dan dikendalikan oleh Atlas One Events Sdn. Bhd.

Konsert ekslusif ini juga mendapat kerjasama bersama rakan-rakan rasmi iaitu hotel Tenera Bangi, Kelab Bola Sepak Felda United dan Stubapp.

Menurut Pengarah Urusan Atlas One Events Sdn. Bhd., Syahrizal Ismail, selain Datuk Awie dan Ella, Dinner Gig 2018 turut akan menampilkan persembahan pembukaan oleh Black dan juga gitar solo oleh Lord The Boys.

“Persembahan pada malam itu nanti akan diiringi oleh pemuzik-pemuzik handalan dibawah pimpinan Korie selaku pengarah muzik Dinner Gig 2018.

“Ini adalah satu persembahan tertutup yang ekslusif dan terhad. Hanya 800 tiket sahaja dijual untuk penonton berusia 15 tahun ke atas.

“Selain dapat melihat persembahan Datuk Awie dan Ella, setiap penonton yang membeli tiket akan membawa pulang goodie bag yang mengandungi t-shirt dan mug istimewa.

“Selain itu, terdapat juga acara cabutan bertuah yang menawarkan dua unit gitar elektrik dan dua unit gitar akustik yang ditandatangai oleh Awie dan Ella untuk dimenangi.

“Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan mantap dua legenda rock tanah air ini,” kata Syahrizal.

Sementara itu, Datuk Awie pula memberitahu bahawa dia akan mempersembahkan lagu-lagu popular yang sehingga sekarang masih melekat dihati peminat.

“Saya masih belum ada senarai lengkap keseluruhan lagu yang akan dinyanyikan. Selain membuat persembahan solo, saya juga akan akan berduet bersama Ella dalam satu atau dua buah lagu.

“Apa yang boleh dijanjikan adalah saya akan menyanyikan lagu-lagu yang kegemaran peminat dan juga membuat persembahan yang terbaik. Peminat yang hadir pasti akan berpuas hati.

“Pada malam itu nanti, saya diberi masa satu jam dan kira-kira 15 buah lagu perlu disampaikan jadi saya perlu susun lagu-lagu itu dengan betul supaya penganjur dan peminat berpuas hati,”jelas Awie ketika ditemui dalam sidang akhbar Dinner Gig 2018 semalam.

Dalam pada itu, Ella turut teruja dan tidak sabar untuk beraksi dengan Awie pada persembahan di Dinner Gig 2018.

“Kali terakhir saya berada atas pentas yang sama dengan Awie adalah di Istana Budaya tiga tahun lalu. Untuk persembahan kali ini, saya dan Awie akan pastikan peminat rasa puas dan pulang dengan rasa puas selepas menonton persembahan kami.

“Kepada peminat jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Dinner Gig 2018 di hotel Tenera Bangi pada 7 Disember nanti,”ujarnya.

Tiket Dinner GIG 2018 adalah sangat terhad dan hanya 800 tiket sahaja dijual untuk penonton berusia 15 tahun ke atas.

Harga tiket ditawarkan dalam tiga pakej iaitu pakej Silver – meja untuk 10 orang (RM250 seorang), pakej Gold – meja untuk 10 orang (RM350 seorang) dan pakej Platinum – meja untuk 10 orang (RM500 seorang).

Bagi pembeli tiket yang ingin menginap di hotel Tenera, pihak hotel akan menawarkan harga yang sangat cukup istimewa.

Bagi yang berminat, boleh membeli tiket secara atas talian di www.stubapp.com atau secara terus di hotel Tenera Bangi.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi talian hotline 010-7616844, 014-5146357, 013-4076679 dan 03-89299600

Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!