Artis Warner Music Malaysia nyanyi semula Seloka Hari Raya

Bersempena dengan kedatangan Syawal yang bakal menjelma, Warner Music Malaysia (WMM) tampil menerbitkan single hari Raya Aidilfitri malar segar iaitu Seloka Hari Raya yang dinyanyikan semula oleh barisan artis di bawah naungan label WMM.

Antara artis yang terlibat dalam pembikinan single dan video muzik ini adalah Andi Bernadee, Yasin Sulaiman, Kucaimars, Amir Hasan, Ajak Shiro, Alyah, Ezlynn, Bunga, Layla Sania, Kaka Azraff, Pasya dan Awi Rafael.

Mengulas tentang usaha merakam semula lagu raya malar segar nyanyian Uji Rashid dan Hail Amir ini, Anne Mukhtar selaku Pengurus Promosi dan Pemasaran Bahagian Domestik Warner Music Malaysia berkata, “Rakaman semula lagu ini merupakan usaha pihak WMM untuk memberi interpretasi moden kepada lagu raya yang sekian lama menjadi siulan ramai sejak bertahun-tahun lamanya. Dinyanyikan semula oleh barisan artis muda dan artis popular masa kini, lagu ini diharap dapat memberikan nafas baru dan memeriahkan lagi suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.”

Jom tonton muzik video lagu Seloka Hari Raya yang dirakam dan dinyanyikan semula oleh Andi Bernadee, Yasin Sulaiman, Kucaimars, Amir Hasan, Ajak Shiro, Alyah, Ezlynn, Bunga, Layla Sania, Kaka Azraff, Pasya dan Awi Rafael ini.

Ruang komen

Please enter banners and links.

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!