Artis popular meriahkan FESTIVAL ANGGUN LIFE

Festival Anggun Life yang menghimpunkan selebriti – selebriti dan pelbagai jenama popular baru saja melabuhkan tirainya di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam Selangor pada 8 dan 9 Disember lalu.

Hampir 40,000 pengunjung telah membanjiri festival yang bermula dari pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam untuk membeli barangan fesyen, kecantikan, gaya hidup, kesihatan dan macam-mcam lagi.

Festival yang dianjurkan bertujuan untuk menggalakkan kaum hawa menceburi bidang perniagaan dengan menjual atau mempromosikan produk-produk tempatan, festival Anggun Life berjaya menarik lebih 100 vendor yang terdiri daripada jenama-jenama dan barisan selebriti popular untuk turut serta.

Antara selebriti yang menjadi vendor menjual produk keluaran mereka sendiri di festival ini ialah Amy Search, Wan Sharmila, Izzue Islam, Mira Filzah, Zulhuzaimy, Syifa Melvin, Ezzaty Abdullah dan ramai lagi.

Amy Search merupakan salah seorang vendor di festival Anggun Life

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Johan Ishak  berkata,“ Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pengunjung yang telah hadir ke festival Anggun Life pada hujung minggu lepas dari awal pagi dan bersama-sama untuk memeriahkan suasana sehingga lewat malam. Sokongan hebat daripada anda semua amat bermakna buat kami.

“Percubaan pertama kami untuk menganjurkan festival khusus kepada golongan wanita Berjaya mencapai matlamatnya. Anggun Life bukan sahaja dilihat sebagai platform kepada usahawan tempatan untuk mempamerkan barangan Malaysia yang berkualiti dengan tawaran harga menarik, malah festival ini dirancakkan lagi dengan pelbagai aktiviti hiburan yang disertai oleh barisan selebriti popular.”

Sesi ramah mesra bersama duta Anggun Life serta barisan artis Drama Sangat

Selain beramah mesra dengan kedua-dua duta festival Anggun Life, Amar Baharin dan Amyra Rosli, para pengunjung juga dapat bertemu dengan barisan artis Drama Sangat yang dibawakan khas sempena acara ini seperti Hafidz Roshdi, Datin Diana Danielle, Zoey Rahman dan Julia Farhana Marin.

Duta Anggun Life – Amyra Rosli dan Amar Baharin

Lebih menarik lagi, festival Anggun Life kali ini turut menerima kunjungan daripada Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Hajah Zuraida Kamaruddin; Masdiana Mohd (isteri kepada Menteri Besar Selangor) serta Pengurus Besar, Pelancongan Negeri Selangor, Noorul Ashikin Mohd. Din yang diundang khas oleh Malaysian Women Marathon (MWM) sebagai tanda sokongan positif terhadap festival Anggun Life yang menerima sambutan hangat ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Hajah Zuraida Kamaruddin di booth Malaysian Women Marathon
Ruang komen

Please enter banners and links.

Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!