Artis popular bakal meriahkan Havoc Food Festival

Bagi penggemar makanan, jangan lepaskan peluang ke Havoc Food Festival yang akan berlangsung pada 1 hingga 3 November 2019 di perkarangan Stadium Malawati, Shah Alam Selangor.

Festival yang dianjurkan oleh Guam Teamwork Sdn Bhd yang berlangsung selama tiga haridari 10 pagi hingga 11 malam ini menyediakan lebih 100 jenis makanan tempatan dan antarabangsa untuk dinikmati pengunjung.

Selain menghimpunkan lebih 200 usahawan makanan tempatan, booth jualan di Havoc Food Festival turut dimeriahkan dengan penyertaan artis-artis terkenal.

Antara artis yang terlibat adalah seperti Bella Astillah, Ayu Damit, Elisy Sandha, Vicha, Abon, Zarina Zainuddin, Mawi, Achey Bocey, Nadia Brian, Fendy Bakry, Hafreez Adam, Izzue Islam dan ramai lagi.

Mengulas penganjuran acara, wakil Guam Teamwork Sdn Bhd, Firdaus Nadxaman berkata, Havoc Food Festival merupakan inisiatif mereka bagi menggalakkan pengusaha kecil dan usahawan muda tempatan serta selebriti-selebriti tanah air memanfaatkan platform itu untuk mengetengahkan produk mereka secara meluas dan lebih dekat kepada pelanggan.

“Kami menyediakan satu platform bukan sahaja kepada peniaga malah selebriti tempatan yang mempunyai produk untuk mempromosi dan mengetengahkan produk mereka dengan lebih meluas.

“Kehadiran selebriti-selebriti ini juga secara tidak langsung memberi nilai tambah kepada acara ini.

“Di samping menjamu selera, pengunjung berpeluang beramah mesra dengan artis tempatan,” katanya.

Firdaus Nadxaman

Selain menikmati pelbagai sajian yang ditawarkan, pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan artis dan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik.

“Sambil membeli juadah, pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan artis di pentas dan boleh menyertai pertandingan yang disediakan.

“Banyak hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi termasuk sebuah motosikal. Jadi jangan lupa hadirkan diri ke festival ini pasti menjanjikan satu pengalaman yang bermakna buat anda,” katanya.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!