[VIDEO] ARIFF Lamar A.AIDA

Rakaman VIDEO malam tadi bercerita betapa seriusnya Ariff Aziz berhasrat menjadikan produser Datuk A. Aida menjadi isterinya.

Ketika makan malam di sebuah restoran Arab di Kampung Baru, Aida mula melaram tudung.

Katanya, kekasih serius mahu dia bertudung.

Malah Aida tak menafikan anak sulung tiga beradik itu, punya ciri-ciri lelaki yang mementingkan soal akhirat.

Alhamdulillah, semoga bahagia dicari Aida akan ditemui.

Difahamkan, urusan pernikahan mereka bakal didekatkan harinya.

Sama sama doakan yang terbaik untuk pasangan bahagia ini. Amin.

Dalam pada itu rancangan asal nak buat majlis resepsi perkahwinan pada ulang tahun kelahiran A.Aida, 20 April tahun depan , diubah lokasi dari rumahnya di Ukay Perdana ke rumah baru dibeli Aida di Janda Baik, Pahang.

Jom tonton video Ariff melamar A.Aida!

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!