ARIF JIWA dapat adik perempuan, TYA ARIFFIN selamat melahirkan anak kedua

Isteri ahli perniagaan terkenal, Asyraf Khalid iaitu Tya Ariffin selamat melahirkan cahaya mata kedua pada pukul 9.21 pagi tadi.

Khabar gembira tersebut dikongsi oleh Asyraf yang memuat naik gambar bersama Tya dan bayi yang baru dilahirkan itu.

“Alhamdulillah, Tya telah selamat melahirkan anak kedua kami, seorang bayi perempuan hari ini pada jam 9.21 pagi. Syukur dan segala puji bagi Allah. Selamat datang ke dunia ini anakku, Azzahra Jiwa Asyraf,” tulis Asyraf.

Berita gembira tersebut  turut dikongsikan oleh Tya yang bersyukur dengan kelahiran bayi perempuan itu.

“Alhamdulillah syukur Ya Allah, Assalamualaikum Azzahra Jiwa binti Muhammad Asyraf,” tulis Tya ringkas.

Asyraf dan Tya diijabkabulkan pada 1 November 2015 dan hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata sulung iaitu Arif Jiwa 31 Mac 2017.

Ruang komen
Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!